errrrrr....
wujudkah kotak macam tu?
hakikatnya semua orang nak disayangi kan.
oleh ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, dan semua orang di sekeliling kita.
sebab perasaan disayangi dan dicintai itu sangat membahagiakan.
Tapi, adilkah kalau hanya mahu disayangi dan dicintai tanpa menyayangi dan mencintai?
Cinta itu memberi.
Bukan setakat menerima.
Malah, dengan memberi kita akan lebih merasai nikmat cinta itu sendiri.
Ustaz Hasrizal, ustaz cinta sendiri selalu mewar-warkan erti hidup dengan memberi.
Kalau lah ada kotak macam yang dibeli oleh Puan Qistina Widuri.
Saya pun nak satu lah!!
Tapi kasih sayang bukanlah semudah itu.
Adakah kita mencintai orang di sekeliling kita sama macam kita cinta pada diri kita?
Allah, bila diteliti.. susahnya.
kalau tak suka pada seseorang tu senang pulak. (T T)
Apalah diri ini...
Rasulullah S.A.W bersabda " Demi Zat yang diriku di tangan Nya, kamu tidak masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu" - [Riwayat Abu Daud]
Kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai. Ya Allah, hebatnya kuasa cinta. Iman itu datang dengan perasaan cinta. Dan perasaan cinta itu adalah perasaan yang indah. Maka, iman itu datang dengan perasaan yang indah belaka =)
Rasulullah S.A.W bersabda "Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi muslim." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Ya Allah saya nak sayang pada family saya, kawan2 saya dan semua orang macam diri saya sendiri. Malangnya, cakap lagi senang daripada buat. Kekadang saya pentingkan diri. Kekadang saya tak dapat terima bila orang buat salah pada saya. Kekadang ini kekadang itu.. alasan je banyak.
InsyaAllah, mulai detik saya menulis entry ni saya akan sayang semua manusia kat keliling saya ni macam diri saya sendiri. Biiznillah. Permudahkan niat saya Ya Allah.
Kenapa?
Sebab saya nak jadi seorang muslim.
Kerana saya nak jadi seorang beriman.
Rugilah saya jika hanya saya belum menyintai orang di sekeliling saya, maka saya dicop seorang yang bukan muslim dan tidak beriman. Jauhkanlah Ya Allah. Seram!
kerana cinta-mestica
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermulaCinta itu tak pernah memintaTetapi memberi sepenuh relaRasa bahagia biarpun sengsaraBerkorban segala-galaSemua kerana cintaYang pahit manis di rasaMenghibur nestapaMerawat dukaDamai di jiwaTerpadamlah api benci permusuhanTerjalinlah kasih sayangBegitulah cinta yang diidamkanTanpa nafsu yang mencemarkanDan jangan pulaKerana bercinta kita pun lekaDan jangan pula kerana bercintaTergadai semua maruah agamaCinta yang sejatiHanya cintakan IllahiCinta ayah bondaTulus suci selamanyaCintakan saudaraHanya sementaraCinta sesama insanSuburkan dengan ketakwaan
Bagaimana untuk memupuk cinta itu?
Cinta itu sendiri merupakan "kata KERJA"
harus dibuktikan dengan kerja (lisan dan perbuatan)
maksudnya, perlu selalu mengungkapkan kecintaan kita pada sahabat2
perlu menunjukkan perbuatan2 yang menunjukkan bahawa kita cinta pada sahabat2 kita
Dan setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada niat tertentu, jika niat untuk mendapat keredhaan Allah, jadilah sebuah percintaan yang disebabkan untuk mendapat redha Allah. Saya cuba! Ukhuwah Fillah! Biiznillah.
Di sini ada beberapa tips dalam cinta mencintai sesama kita. Jom sebarkan rasa cinta =)
1. Jangan malu untuk ungkapkan rasa cinta.
Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya." - [Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi, hadis sahih]2. Tunjukkan wajah yang bahagia.
Nabi S.A.W. bersabda "Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria." - [Riwayat Muslim]3. Berjabat Tangan
Hadis Nabi S.A.W. bermaksud "Tidak ada dua orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa sebelum mereka berpisah."- [Riwayat Abu Daud]4. Menyebarkan salam
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud "Demi Zat yang diriku di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu. "- [Riwayat Abu Daud]5. Saling memberi hadiah
Sebagaimana hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud "Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."- [Riwayat Al- Tabrani]6. Saling membantu
Nabi S.A.W. bersabda " Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang di dalam kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya."- [Riwayat Muslim]7. Saling berkunjung
Nabi S.A.W. bersabda "Pasti akan mendapat cintaKu orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjug kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."- [Riwayat Imam Malik dan Muwatta']8. Saling memaafkan orang lain
"Dalam pada itu ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya- [42:43]9. Mendoakan orang yang bersin.