Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, 15 October 2015

Resipi ayam blackpepper

Salam a'alaik..

Alhamdulillah.. harini sy nak share antara menu2 yang anak sy suka.. anak saya 1 tahun 4 bulan.. memang cerewet tentang makan.. jadi, sy yang selalu berjumpa dengan kanak2 yg mempunyai masalah pertumbuhan disebabkan anak tanak makan, anak cerewet makan.. memang faham sangat kerisauan yang ibu terutamanya hadapi.. setiap anak itu berbeza, ada ok ada x.. macam anak saya, saya lihat dia lebih kepada explore.. usia dia sekarang dia banyak nak explore benda2 baru dan fokus dia sekarang asyik nak main main dan main.. waktu makan memang kita sebagai ibu bapa kene kejar keliling rumah nak bagi makan.. dan perlu untuk selalu offer anak makan sebab bila kita da suap dia pun, macam anak sy ni kalau dia xnak dia luah balik.. habis la berterabur makanan2 tu.. nak marah pun tak boleh, dia x tau apa2 lagi.. huhu

anak2 kecil ni salah satu ujian dari Allah untuk menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa... anak2 itu amanah dan juga ujian.. mereka perlukan perhatian, belaian kita, kasih sayang..

Berbalik kepada menu pula, anak saya memang cerewet sikit.. kalau hari2 menu yang sama dia memang xkan telan dah.. kekadang tu tengahari dah makan lauk tu malam dia xnak dah.. tapi kalau kita tukar lauk lain dia nak.. huhu.. sabau2.. kalah walid dia..hihi..

Dan.. sebab itu lah sebagai ibu bagi saya perlu ada inisiatif unt beri anak makan.. saya pun bukanlah pakar.. setiap sabtu saya akan plan apa yang saya akan masak setiap hari pada minggu berikutnya.. satu senang nak shopping beli barang dapur, satu lg supaya saya x repeat menu yang saya dah masak banyak kali.. pening jugak memikir nak masak apa.. google2 resipi semua.. jadi, ada la beberapa jenis menu yang memang bila saya masak, anak saya berselera makannya.. alhamdulillah berbaloi usaha ummi.. happy sangat bila tengok anak makan dengan selera, hilang penat...

So, saya share di sini untuk rujukan saya sendiri dan sesiapa yang nak mencuba.. resipi ayam black pepper.. tq pada empunya resipi asal.. maaf saya x ingat dah dr mana saya dapat.. tapi saya dah olah sikit resipinya supaya kena dengan tekak si kenit saya.. hehe

ayam black pepper saya dalam periuk kecik tu.. ini menu sehari sebenarnya, sebelum pergi kerja saya akan letakkan hidangan bfast dan lunch kat atas meja,, senang abu qaasem nak makan n panaskan lauk nanti.. kat atas ni sarapan biskut dengan chocolate spread je sebab saya dah tak smepat nak buat sarapan.. tengahari pula ayam blackpepper dan sayur tumis.. malam samalah dengan tengahari yekk.. sebab malam ummi akan prepare bahan untuk hari esoknya.. so, pagi2 nanti terus masak je tayah nak potong2 dah.. :D

Ayam Black Pepper versi Ummu Qaasem

Bahan- Bahan
Ayam (saya ambil 1 1/2 keping bahagian dada yang boleh dibeli di mall)
Madu (saya takde madu kat rumah, jadi saya ganti dengan qaseh junior anak saya)
sos tiram
lada hitam (blend halus)
garam dan gula secukup rasa
bawang merah (dah lama saya tak campurkan bawang putih dan bawang merah sekali dalam masakan lepas baca buku my doctor is Rasulullah)
tepung jagung
air

*sikit je kan bahan2 dia. simple je sebenarnya

Cara-cara :

* perap ( saya akan perap malam tu untuk dimasak esok pagi2 sebelum pergi kerja lah)

Ayam yang dah dipotong kecik2 tadi diperap bersama dengan sos tiram, bawang merah(blend) dan lada hitam yang telah diblend kan, dan 1 sudu qaseh junior..

1. goreng bahan yang telah diperap tadi, kemudian asingkan ayam tadi di dalam bekas lain.
2. tumis bawang bersama lada hitam yang telah diblend hingga naik bau
3. kemudian, masukkan sos tiram
4. masukkan tepung jagung yang telah dibancuh bersama air..
bila dah mendidih, masukkan ayam yang dah digoreng tadi
5. rasa lah gula dan garamnya ye.. ikut selera memasing
6. potong daun sup, hias..

siap untuk dihidang.. simple kan.. tapi bila dah lama tak buat takut terlupa pulak.. :)

Wednesday, 26 June 2013

"ti" ke "tu" bunyi dia?

bismillahirrahmanirrahim~

Pada hari itu, sebelum solat berjemaah bersama zauj dan mertua, zauj menyuruh saya mengiqamatkan azan. Saya pun mengiqamatkan azan seperti biasa. Habis sahaja saya iqamatkan azan, zauj pun bertanya satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga

" "Tu" ke "Ti" bunyi dia?"
" Haa? Apa yang "tu" ke "ti"?" tanya saya sambil senyum kambing dan menggaru kepala yang tak gatal pun sebenarnya..haha. Al- maklumlah, dengan ilmu yang cetek ni, bila disergah sikit macam tu saya terus rasa keliru..
"Assolatu ke Assolati?"
"Emm..emm..emmm..apa ye?..hihi" saya hanya boleh senyum kambing.. Alamak malunya..Saya tersilap sebut ke apa tadi?
Zauj juga tersenyum sama ketika itu..

Kemudian, mertua saya menggesa solat dahulu, takut nanti terbatal wudhu' katanya. Hehe..

Tapi lepas tu, terus terlupa hal "tu" ke "ti" ni.. Jadi, soalan itu tergantung di situ sahaja. Saya sebenarnya nak jawapan daripada zauj sebutan mana yang sepatutnya. Alih-alih dua-dua pun terlupa sehingga sekarang.

Nasib baik lah saya beli buku "Fahami bacaan dalam solatmu". Bila buka muka surat ini, saya teringat kembali soalan zauj "Ti ke Tu bunyi dia?"



Rupanya, ini lah yang dimaksudkan oleh zauj..

Alhamdulillah, saya dah dapat pun jawapan dari soalan zauj.. wink.wink.wink.  ;)
Alhamdulillah, buku ini banyak membantu saya memahami makna bacaan dalam solat dan insyaAllah akan lebih khusyuk lagi dalam solat. :)

Mungkin saya tersalah sebut semasa iqamat itu. Saya pun tak pasti dan tak sedar kesilapan saya sehingga saya ditegur oleh zauj.. Tapi, saya bersyukur sebab zauj dapat menjadi imam dan mua'lim buat saya :)





Sunday, 16 June 2013

Jagakan dia Ya Allah

bismillahirrahmanirrahim~

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat ku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya, ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh menyintai, sungguh menyayangi setulus hatiku~



Thursday, 13 June 2013

keperluan seorang isteri

bismillahirrahmanirrahim

entry ni diambil dari sini


Secara umumnya, setiap isteri pasti ada keinginan atau keperluan yang amat penting dalam hidup mereka. Isteri biasanya memerlukan sesuatu daripada suaminya bagi melengkapkan hidupnya bersama suami dan seterusnya dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan tersebut dan bagaimanakah caranya seorang suami melakukannya?

 Inginkan perhatian
Seorang wanita mungkin sudah mendapat perhatian dan didikan daripada saudara mara, anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, perhatian sebegitu tidak bermakna dan tidak dapat memuaskan hatinya sebagaia seorang isteri selagi mana dia tidak mendapat perhatian sebegitu rupa daripada suaminya sendiri.
Oleh hal yang demikian, suami mestilah menujukkan sikap prihatin dan didikan yang mantap kepada isteri, sama ada melalui tutur kata atau perbualan, tingkah laku, riak muka, gerakan dan juga perasaannya.
Apabila suami memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada isteri, si isteri pasti akan berasa bahawa mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hidup suami. Keperluan inilah yang diperlukan dan amat didambakan oleh seorang isteri.

 Ingin difahami
Suami perlu betul-betul memahami situasi dan keadaan isteri kerana reaksi sebeginilah yang akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku isteri. Hal ini kerana, isteri menganggap suaminya faham akan keperluan kewanitaannya dan faham situasi yang dihadapinya sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri.
Cara terbaik untuk seorang suami menghadapi keadaan ini adalah dengan membuatkan isteri berasa dihormati dan disanjungi. Suami tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik atau krisis akibat daripada ketidakfahaman suami.
Lebih-lebih lagi semasa isteri berada dalam situasi yang kurang stabil seperti masalah ketikadatang haid, nifas atau penyakit-penyakit lain yang boleh mempengaruhi perilaku dan emosi seorang wanita.
Suami juga dinasihatkan agar tidak meminta atau memerintah isteri untuk membuat sesuatu yang di luar kemampuannya. Cubalah untuk memahami dirinya dengan lebih mendalam.

Ingin haknya dipenuhi
Setiap insan pasti mempunyai hak untuk bersuara dan melakukan apa sahaja yang memang menjadi haknya setiap masa. Namun begitu, mengapa masih ada sesetengah suami yang melarang isterinya untuk mendapatkan hak tersebut?
Bukankah isteri juga seorang manusia, yang juga mempunyai perasaan yang perlu diketahui oleh suami? Isteri harus memperoleh hak-hak tersebut walaupun kadangkala hak tersebut disekat dan dilarang oleh suami yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap keperluan dan hak itu.
Setiap pasangan suami isteri tidak boleh menyekat hak pasangan mereka apabila mereka sudah ditakdirkan untuk bersama dalam ikatan perkahwinan.

* Apabila keperluan yang didambakan isteri ini dipenuhi oleh suami, sudah pasti kehidupan berumahtangga pasti akan lebih berseri-seri dan menyebabkan isteri berasa begitu dihargaidan dihormati. Inilah yang menjadi impian dan harapan setiap insan yang bergelar isteri iaitu untuk memiliki seorang suami yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dirinya.

Bila diri disayangi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Masih diberi kekuatan untuk menulis semula selepas lamaaaaa tak menulis.. Banyak benda yang dah berubah dalam diri ini sejak entry yang terakhir.. antarnya saya bukan lagi cik rama-rama tp telah pun menjadi cik puan rama-rama..hikhikhik (oh gedik nye saya!).. Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup saya..

Saya bersemangat untuk menulis sekali lagi hasil inspirasi sahabat baik saya yang telah menulis entry tentang saya di dalam blognya. Oh, terharu sungguh saya! hehe.. Nantikan entry saya untuk anda juga satu hari nanti..hehe..Tak lama dah tu mak na.. :P

Saya ini memang suka mendengar lagu2 yang tenang lagi menusuk jiwa.. Dengan melodi yang tenang dan lirik yang membungkam jiwa.. Setiap lagu yang saya dengar saya pastikan liriknya kena dengann jiwa saya jadi dapatlah saya feel dengan lagu tersebut..

Eh, kenapa cik puan rama-rama cite pasal lagu ni?

Haa. sebabnya saya sambil2 menulis ni saya dengar lagu ni. Yang currently saya rasa kena dengan jiwa saya. Sebenarnya banyak yang dah terlepas nak tulis.. Pagi tadi rasa macam nak tulis banyak je.. Tentang arwah opah meninggalkan kami, tentang pertunangan la, pernikahan, majlis walimah la, kehidupan sebagai isteri seorang ustaz la dan banyak lagi laa.. tapi last2 rasa macam takpe la cerita sikit demi sikit dulu..hehe

Lebih berminat nak share lagu ni..

http://www.youtube.com/watch?v=R7F4lrilPew



Tajuk : Bila Diri Disayangi..

Asalnya dinyanyikan kumpulan ukays. Tak pernah pun saya dengar. Saya dengar dalam dikir zikir. Termasuk tertusuk lantas terus jatuh cinta dengan lagu ni..

Lirik :

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung,di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,keikhlasan doa, keagungan kasih
merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru
Ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih sayangMu
Ku berserah diri



Tuesday, 3 April 2012

Akhlak bunga diri.

Bismillahirrahmanirrahim..



Ingat pesan rasul junjungan
Hiaskanlah dirimu
Dengan sifat-sifat yang mulia
Ia fitrah semua manusia
Dengan sifat-sifat yang mulia
Ia fitrah semua manusia

Akhlak yang mulia ibarat bunga
Ia disukai semua manusia
Hati kan tertarik bila terpandangnya
Ia sifat mahmudah yang mulia
Akhlak yang mulia sangat istimewa
Jika menjadi hiasan diri
Ia disukai kawan dan lawan
Akhlak mulia bunga diri

Sabar bersyukur adalah sifat-sifat yang mulia
Kasih sayang bermaafan
Mestilah menghiasi diri
Lelaki dan wanita tua atau muda
Mesti mengamalkan sifat mahmudah
Jika manusia tidak mengamalkan
Mereka bukan lagi manusia
aeman. akhlak bunga diri

p/s : InsyaAllah, saya akan hiaskan diri saya dengan sifat2 yang mulia. biiznillah. =)



Wednesday, 28 March 2012

cinta mencintai.

bismillahirrahmanirrahim.


Belilah kotak kasih sayang ni. Dia dapat memberikan rasa cinta pada sesiapa sahaja yang memandang kita. Nanti, semua orang sayang pada kita. Betul. Belilah. Kat mana? Ala, kat giant belakang rumah tu pun ada... Tak caya? Puan Qistina Widuri telah menggunakannnya. Kini, dia memang disayangi oleh rakan2 taulan bahkan dinaikkan pangkat oleh bosnya. Suami usah kiralah. Memang sayang sesangat! Jiran2 nya juga sangat sayang pada Puan Qistina. Semua sebab kotak kasih sayang ni lah. Kotak ni bebas daripada jampi serapah. Hanya sebuah kotak. Yang penuh dengan kasih sayang.

errrrrr....
wujudkah kotak macam tu?
hakikatnya semua orang nak disayangi kan.
oleh ahli keluarga, sahabat handai, jiran tetangga, dan semua orang di sekeliling kita.
sebab perasaan disayangi dan dicintai itu sangat membahagiakan.
Tapi, adilkah kalau hanya mahu disayangi dan dicintai tanpa menyayangi dan mencintai?

Cinta itu memberi.
Bukan setakat menerima.
Malah, dengan memberi kita akan lebih merasai nikmat cinta itu sendiri.
Ustaz Hasrizal, ustaz cinta sendiri selalu mewar-warkan erti hidup dengan memberi.

Kalau lah ada kotak macam yang dibeli oleh Puan Qistina Widuri.
Saya pun nak satu lah!!
Tapi kasih sayang bukanlah semudah itu.
Adakah kita mencintai orang di sekeliling kita sama macam kita cinta pada diri kita?
Allah, bila diteliti.. susahnya.
kalau tak suka pada seseorang tu senang pulak. (T T)
Apalah diri ini...





Rasulullah S.A.W bersabda " Demi Zat yang diriku di tangan Nya, kamu tidak masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu" - [Riwayat Abu Daud]

Kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai. Ya Allah, hebatnya kuasa cinta. Iman itu datang dengan perasaan cinta. Dan perasaan cinta itu adalah perasaan yang indah. Maka, iman itu datang dengan perasaan yang indah belaka =)

Rasulullah S.A.W bersabda "Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi muslim." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya Allah saya nak sayang pada family saya, kawan2 saya dan semua orang macam diri saya sendiri. Malangnya, cakap lagi senang daripada buat. Kekadang saya pentingkan diri. Kekadang saya tak dapat terima bila orang buat salah pada saya. Kekadang ini kekadang itu.. alasan je banyak.

InsyaAllah, mulai detik saya menulis entry ni saya akan sayang semua manusia kat keliling saya ni macam diri saya sendiri. Biiznillah. Permudahkan niat saya Ya Allah.

Kenapa?
Sebab saya nak jadi seorang muslim.
Kerana saya nak jadi seorang beriman.
Rugilah saya jika hanya saya belum menyintai orang di sekeliling saya, maka saya dicop seorang yang bukan muslim dan tidak beriman. Jauhkanlah Ya Allah. Seram!


Cinta itu cahaya sanubari

Kurniaan Tuhan fitrah insani

Dan di mana terciptalah cinta

Di situ rindu bermula

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan
kerana cinta-mestica



Bagaimana untuk memupuk cinta itu?
Cinta itu sendiri merupakan "kata KERJA"
harus dibuktikan dengan kerja (lisan dan perbuatan)
maksudnya, perlu selalu mengungkapkan kecintaan kita pada sahabat2
perlu menunjukkan perbuatan2 yang menunjukkan bahawa kita cinta pada sahabat2 kita
Dan setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada niat tertentu, jika niat untuk mendapat keredhaan Allah, jadilah sebuah percintaan yang disebabkan untuk mendapat redha Allah. Saya cuba! Ukhuwah Fillah! Biiznillah.





Di sini ada beberapa tips dalam cinta mencintai sesama kita. Jom sebarkan rasa cinta =)

1. Jangan malu untuk ungkapkan rasa cinta.
Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila seseorang mencintai saudaranya,hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya." - [Riwayat Abu Daud dan Al-Tirmizi, hadis sahih]
2. Tunjukkan wajah yang bahagia.
Nabi S.A.W. bersabda "Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria." - [Riwayat Muslim]
3. Berjabat Tangan
Hadis Nabi S.A.W. bermaksud "Tidak ada dua orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa sebelum mereka berpisah."- [Riwayat Abu Daud]
4. Menyebarkan salam
Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud "Demi Zat yang diriku di tanganNya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu. "- [Riwayat Abu Daud]
5. Saling memberi hadiah
Sebagaimana hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud "Hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati."- [Riwayat Al- Tabrani]
6. Saling membantu
Nabi S.A.W. bersabda " Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin  di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang di dalam kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya."- [Riwayat Muslim]
7. Saling berkunjung
Nabi S.A.W. bersabda "Pasti akan mendapat cintaKu orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjug kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."- [Riwayat Imam Malik dan Muwatta']
8. Saling memaafkan orang lain
"Dalam pada itu ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya, sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya- [42:43]
9. Mendoakan orang yang bersin.