Wednesday, 2 July 2014

Kekurangan enzim G6PD

bismillahirrahmanirrahim.

* post entry lama yang ada dalam draft *

Kekurangan enzim G6PD.. bukan suatu penyakit tetapi disebabkan oleh faktor genetik..
Sebelum ini saya tidak mahu menumpukan perhatian pada diet bagi individu yang mempunyai masalah kekurangan enzim g6pd ini..
Tapi nampaknya, saya perlu..

Minggu lalu, saya didatangi oleh pesakit yang anak lelakinya mempunyai masalah allergy bagi kebanyakan makanan.. anak lelaki yang baru berusia 10 bulan itu tidak boleh memakan kebanyakan jenis protein.. ikan pun allergy.. sesuatu yang agak aneh bagi saya.. ayahnya mendakwa bahawa dirinya pernah kekurangan enzim g6pd semasa kecik tetapi sudah tiada masalah ketika dewasa.. saya bertambah pelik.. bukankah g6pd ni disebabkan oleh genetik? boleh berubah ke genetik? hmmm...

Umumnya, individu normal biasa mempunyai enzim g6pd yang cukup untuk menstabilkan sel darah merah kita supaya boleh bekerja secara normal.. Sel darah merah pula penting untuk membekalkan nutrien dan oksigen untuk sel-sel pada badan kita supaya dapat berfungsi juga secara normal..

Jadi, individu yang tidak mempunyai enzim g6pd atau kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mereka tidak stabil dan mudah pecah.. Hal ini akan menyebabkan hemolisis anemia.. iaitu kekurangan darah merah akibat darah merah yang pecah..

Akibatnya, mereka yang mengalami hemolisis anemia ini akan kekurangan darah.. Kekurangan darah pula mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti mudah letih, cepat mengantuk, lemah, lesu, dan mungkin menyebabkan pengsan dan penyakit lain..

Seperti yang saya katakan tadi, g6pd ini bukanlah suatu penyakit.. Hanya kerana kekurangan enzim g6pd..
Masalah akan terjadi sekiranya individu ini terdedah dengan bahan yang boleh mengakibatkan hemolisis sel darah merah.. Dan selalunya pengambilan bahan-bahan yang boleh mengakibatkan pengoksidaan seperti ubat-ubatan dan  kacang parang akan menyebabkan berlakunya hemolisis sel darah merah.. Dan kemudian menyebabkan berlakunya kepucatan (akibat kurang sel darah merah), jaundis (penyakit kuning), jantung berdebar-debar, hemoglobinuria (sel darah merah yang terdapat di dalam air kencing) dan juga boleh menyebabkan kematian!

No comments:

Post a Comment