Wednesday, 1 August 2012

hari kegembiraan

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.
lama tak hapdate sebabnya laptop rama2 saya dipinjam adik lelaki saya
lama dah dy pinjam.. sebagai pertukarannya dy bagi saya guna tablet dy
tp tulah saya agak buta it dan malas nak discover tablet tersebut..
alih2 saya pinjam notebook adik perempuan saya

=) siap bawak ke bengkel penulisan manuskrip di n9 haritu
banyak jasanya si kecil notebook ni! =)

harini 12 Ramadhan
harini jugak orang jauh kol
dah lama tak dengar beritanya
tup2 tetiba kol sedang2 saya meneman mak mengambil adik dari sekolah
alhamdulillah =)

harini jugaklah result keluar
alhamdulillah sudah nampak hasil tuaian semalam
saya rasa berbaloi dengan usaha saya selama ni
tak terasa penat lelah yang selama ni dirintangi

rindu pula dengan kawan2 seperjuangan.
saya harap mereka pun cemerlang.
will grad very soon insyaAllah sama2 dengan korang..
=)

semoga Allah sentiasa kurniakan kegembiraan pada saya
dan semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayangNya pada saya dan orang2 yang saya sayangi.. ameen..

Wednesday, 27 June 2012

Alhamdulillah...Selesai Ber'viva'

bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
harini telah selesai satu perjalanan yang telah diusahakan selama 4 tahun di UKM kampus KL
yang tinggal hanya baki sisa perjalanan ini

hardcover, manuskrip

insyaAllah selepas ini perjuangan diteruskan lagi dengan mencari kerja pula
petang tadi, baru selesai berviva
examiner saya tadi Pn Sameeha
sungguh tak kusangka (huhu)

sebabnya sebelum ini ada ura2 mengatakan orang lain yang bakal menjadi examiner saya
tapi Pn Sameeha pun oke jugak, kami pernah bekerja bersama
dan insyaAllah dy memang kenal saya bagaimana orangnya
usai berviva
terus angkat kaki balik rumah
hehe..

tapi bukan balik terus pun
barang tak packing pun lagi
balik kejap

malam ni saya teruskan usaha untuk membuat rezeki
hope Allah murahkan rezeki dan cepat2 dapat kerja


Thursday, 26 April 2012

Solat sunat Rawatib.

bismillahirrahimanirrahim~

saya terbaca dalam majalah solusi beberapa minggu lepas yang Rasulullah s.a.w. sangat menitik beratkan solat sunat rawatib. Padahal baginda ialah orang yang dijanjikan sorga oleh Allah. Rasulullah siap qada' lagi kalau tertinggal solat suniat rawatib ni.



Saya?



Errr.. bulan puasa ada lah. tu pun kat masjid..time maghrib n isya'

Tapi, lepas baca info menarik ini, insyaAllah saya cuba ubah paradigma ni. Dah lebih kurang seminggu ni saya amalkan solat sunat qabliyyah. Dan alhamdulillah. Rasa tenang. =) Jom ikut sunnah!

Ape tu solat sunat rawatib? eh tak tau ke? huhu... oke.. solat sunat rawatib ni ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Samada dikerjakan sebelum solat fardhu (qabliyah) ataupun selepas solat fardhu (ba'diyah).

Fungsi solat qabliyyah adalah untuk menenangkan jiwa setelah melakukan aktiviti duniawi (assignment ini itu, tengok tv, dengar music, hal2 lagha la, memasak la) yang kadangkala kita terlalu sibuk hingga tak mampu untuk khusyuk semasa melakukan solat fardhu. Ye lah, kadang2 masa solat la nak fikir mende2 kan. Masa solat la ingat benda yang kita lupa, masa solat la nak fikir masalah2 dunia. Dahlah bila kita tak solat, kita memang jarang ingat Allah, leka dengan hal dunia, bila dalam solat pun kadang2 tak boleh nak khusyu. Ish2. Dan sebab tu la kita kena buat solat sunat rawatib ni yang fungsinya adalah untuk menenangkan jiwa dan memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia fizikal dan mental bagi menyempurnakan solat fardhu.

Manakala solat ba'diyah pula adalah untuk menyempurnakan mana2 kekurangan yang mungkin wujud ketika kita melaksanakan solat fardhu. Ye la, kita bukan perfect pun kan.Contohnya, kesilapan dalam bacaan, tak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain2.

Ummu Habibah meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah sollallahu'alaihiwassalam bersabda yang bermaksud
"Sesiapa yang solat dalam sehari semalam sebanyak 12 rakaat, akan dibangunkan untuknya rumah di syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zuhur dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya' dan 2 rakaat sebelum subuh" - [Riwayat al- Tirmizi. Hadis Hasan sahih]
Hmm. kalaulah kita nampak balasan yang Allah bagi tu kat depan mata right after kita buat kebaikan, nescaya pasti semua akan buat solat sunat rawatib ni kan. Rumah dalam syurga tu. Sapa tanak kan. Osem oke!!! =D

Dan solat sunat yang dimaksudkan ialah Solat sunat rawatib iaitu solat sunat mu'akkad (yang diberatkan/amat digalakkan) sehinggakan sunat diqada sekiranya tertinggal.

Nabi sollallahu'alaihiwassalam pernah mengqada dua rakaat solat sunat sebelum Subuh kerana tertidur dan terlepas solat Subuh sehingga naik matahari- [Riwayat Muslim dan Abu Daud].
Dan baginda sollallahu'alaihiwassalam mengqada dua rakaat solat sunat ba'diyyah Zuhur selepas solat Asar - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
 untuk bacaan lengkap, digalakkan ke sini, e book solat sunat rawatib.

p/s: minggu ini memang sangat bizi. hantar abstrak dan bentang hasil minggu depan. sudahlah tu, junior anjurkan coursenight pula jumaat ni. banyak lagi yg perlu dibuat + seminar dan lain2 assignment. Tapi, alhamdulillah saya insyaAllah dapat manage, walaupun ya kadangkala saya stress juga. Tak sangka saya dapat lalui kesibukan yang melampau ni dengan hati yang agak tenang. Sebabnya sebelum ni, saya bukan begini. Cuma kali ni, saya nak cuba kuatkan diri saya, berani present depan lecturer2. Takut, hanya pada Allah. Bukan pada hamba Allah =) biiznillah~

Sunday, 15 April 2012

Konsert anugerah nasyeed.com

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Semalam saya berpeluang untuk menghadiri Konsert Nasyeed.com bersama housemate saya. Terima kasih pada housemate yang bagi peluang pada saya untuk pergi. Yelah, dia yang ada tiket percuma pada awalnya. Maklumlah, kakak housemate saya ni bekerja di sebuah syarikat kumpulan nasyeed yang terkenal di Malaysia ni. Oh, tapi rahsia lah kan. hehe


Ok. Semalam Sabtu. 14/4/2012

Housemate saya bermalam rumah kakaknya semalam (Jumaat). Hari ni dah dekat nak maghrib, dia pun balik. Oke la, secara general namanya tikah. =) Balik2 tu tikah tanya saya mana roomate dy pergi, roomate dy balik kampung sebab sakit. Dapat cuti seminggu. Tikah mula2 ingat nak ajak roomate dy pegi konsert nasyeed tu. Tapi, sebelum tu dy ada ajak kawan2 dy yang lain. Tapi sume pun sibuk. Lepas tu, semalam malam dy ajak saya. Saya mula2 pun agak berat hati jugak.

Hati rasa nak pergi. Saya tak pernah kot pergi konsert nasyeed. Nak pergi bukan sebab nak jumpa munsyeed2 tapi sebab saya nak tengok macamana konsert nasyeed tu? Bukan saya kenal pun. Sy dengar je lagu nasyeed, tapi kump/orgnya tak kenal pun. huhu. Tapi sebab saya memang tak penah pergi. Macam menarik jugak kan kalau dapat pergi. Sekurang-kurangnya ada pengalaman. Ye lah, dalam hidup ni kena la ada pengalaman. Pengalaman ni la yang boleh kita cerita pada anak cucu kita nanti kan? Hehe. Jauh benar kan pemikiran saya. TAPI.... saya ada paper Rabu ni. Dan saya tak habes study lagi kot!!! ='(

Memang la banyak lagi masa nak sampai ke rabu tu.. Tapi, saya pun nak analyze tesis saya, sebab hari Khamis saya ada presentation. Nasib baik lab report dah siap kann.. Oke. Kat sini ada konflik. Hati saya berbelah bagi.

Lepas maghrib, tenang sikit. Saya pun dah nekad untuk...... PERGI je... haha.. kuang asam kan tinggalkan kerja2 dan study saya camtu je. Pada saya, peluang ni bukan senang nak grab. Tak pasti lagi lepas ni dapat pergi konsert nasyeed percuma atau tak.. haha..

Tapi tu la, kami bertolak pun sebenarnya agak lambat. 9 lebih dan acara sebenarnya start jam 9malam. Dan yang lebih kelakar, kami berdua sebenarnya tak tau konsert tu kat mana. Bila tikah call kakak dy, kakak dy kata dekat dengan masjid negara ke masjid negeri? Ntah saya pun tak sure. Saya lagi lah teruk kan. Satu apa pun tak tau jalan kat kl ni. Kesian tikah, nampak sangat saya tak membantu semalam. Oh ya, kami sesat oke.. Duk pusing2 kat kawasan masjid. Konsert tu pun bukan kat masjid, depan masjid dekat Dewan Utama Pusat Islam. Oke saya tak tau. haha

Tikah pun call lagi akak dy. Then dy cakap kat saya tolong cari stesen tvalhijrah. Oke, tak nampak. Haha

Tapi, bila tikah jalan depan sket. Alhamdulillah. Akhirnya jumpa jugak stesen tvalhijrah. excited. 1st time jumpa. kat sini rupanya stesen tv ni. perkara 1st saya nampak bangunan tvalhijrah ni ialah ustaz don. hehe
Yelah, ustaz don tu kira ikon tvalhijrah naa.

Oke jumpa dah stesen tv alhijrah. Sebelah nya, Pusat Islam. Alhamdulillah kami sampai walaupun rasanya upacara dah nak tamat pun. haha. takpe la. sampai jugak sekurang2 nya kan...ngeee

(oke font dah lain sebab internet terputus time sedap2 menulis. so then, saya sambung kat word. bila tenet dah ok. kopi pasta balik kat sini. sebab tu la font agak beza sket. dahla. saya malaslah nak betulkan. huhu)
                                                                               

Tikah pun park kereta. Then, kami turun 
unt cari kat manalah kan dewan utama. Kawasan sekeliling gelap (yela, nama pun malam kan. Haha), sunyi dah teetiba ada sekumpulan lelaki duduk kat satu tempat kat kawasan parking. Tak sure apa diorang buat. Makan mungkin? Saya pun takut kot nak tengok. Tikah dah pegang2 dah tangan saya. Saya faham. Tikah takut. Saya? Takut jugak. Tapi buat-buat berani je la kan.. Tak lama lepas tu, saya Nampak ada satu tempat yang bercahaya dan ramai orang. Dan kitorang pun ke disitu la. Dan memang betullah pun jangkaan saya..

Tapi pintu dewan utama tu tutup pulak. Kata bro yang kat pintu tu kami tak boleh masuk lagi. Ada shooting. Kene tunggu kejap la. Siap ada scene peril memerli lagi di situ. Huk3. Bro tu siap kata “Takpe dik, memang ramai je yang datang lambat tadi.” Dush3… Sedas kat muka.. Bro, kitorang sesat kot tadi.. Saya balas, tapi setakat dalam hati je la kan. Kui3.

  
Oke sebab tunggu lama sangat, kami pun  masuk ikut pintu atas je last2. Time tu kumpulan salam (rasanya ni lah nama group tersebut) tengah perform. Lagu tamil lagi tu. Boleh tahan la. Siap ustaz amin idris cakap boleh buat dodoi orang tido. Ces betul kan. Haha. Owh ustaz tersebut mc pada malam ni. Bergandingan sama siapa saya tak pasti. Oh sory la, saya ni mmg jenis tak kenal orang. Huhu

Lepas tu muaz perform lagu stand up. Best. Saya akan cari lagu ni nanti. Hehe. Sangat motivate ye kawan2.
Tak lama lepas tu kami keluar balik. Nak duduk bawah. Atas ni tak berapa nak best.
Turun-turun kat bawah sekali ramai rupanya orang. Kitorang pun duduk kat seat baris belakang sekali. Dekat dengan warga2 tvalhijrah yang tengah buat kerja2 belakang tabir. Agak bising jugak sebenarnya tapi free kan. So, takpe lah. 
Haha





Baris depan kami family akak tikah. So, dapat la berkenalan kejap dengan anak2 buah tikah yang chomell terutama khayla. Takle lama2 kang bising kena halau plak kan. Haha
Last sekali, raihan perform. Overall best. =)
Thank you Allah. Sampai sekarang lagu tu masih duk bergema2 di gegendang telinga nih.
So, thank you Allah =) 












Friday, 13 April 2012

saya nak anak soleh! insyaAllah~

bismillahirrahmanirrahim~

kali ni nak post satu perkongsian yang menarik dari Prof Dr Muhaya

"Saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak?

Jawab si ibu, sewaktu si anak dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu.

Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami.

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah anak yang dimaksudkan??
Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID =)






p/s : SubhanAllah. hebat kan? cara mendidik anak yang boleh dijadikan contoh bagi setiap ibubapa/ bakal ibubapa =)
        sape tanak anak soleh kan? =)

gambar: credit to google~

Cik fokus, saya perlu anda sekarang juga!!

Bismillahirrahmanirrahim.

9 April 2012

Saat saya menulis entry ini, saya berada di rumah. Padahal awal minggu depan, saya ada 1 paper midsem. Sem yang terakhir, semangat sudah tiada. Fokus saya pada study mula hilang. Mengapa begitu?

Saya sendiri tak dapat menjawab soalan yang diutarakan. Pelik.
Tapi betul saya tak tipu.
Kemana pergi semangat saya. Saki baki semangat pun jadilah. Asalkan bersemangat.
Saya tanak begini.

Ya, tak dapat dinafikan prestasi saya agak menurun. Makin lama nampaknya makin menurun.
Rakan-rakan pun dah sedar.
Bila ditanya. Macam yang saya kata, saya tak tahu mengapa.

Yang pasti, saya stress.

Saya stress dengan kehidupan yang sekarang saya alami.
Teruknya saya tak boleh nak 'coop' dengan masalah.

Mana dengan tesis. Mana dengan seminar. Lab report. Assignmentssssssssss.
Tak masuk lagi konflik dalam kalangan mereka2 yang saya sangat rapat.
Seharusnya sudah 4 tahun, ukhuwah yang terbina makin kuat dan kukuh.
Tapi apakan daya, kami diuji

Saya juga selalu hilang fokus.
Bila time study, hilang fokus.
Time buat keje pun hilang fokus.
Saya tabik spring pada mereka yang mula fokus sebulan sebelum exam bermula.
Sangat kagum pada anda.
Kerana saya bukan begitu orangnya ='(

Kekuatan.
Saya rasa bukan hanya saya, tapi kami semua perlukan secebis kekuatan.
Sikit je lagi kawan2 yang ku sayangi.
Lepas ni semuanya tamat.

Tiada lagi kerja2 yang boleh menekan
Tapi sayangnya, saat itulah nanti kita berpisah
Menuju haluan hidup masing2
Mencari rezeki dan membina hidup
Mencari redha Allah di melata tempat.

Mungkin nanti pada saat itu
Kita rindu kembali kehidupan yang sekarang kita jalani
Yang stress ini! =)
Ya, itu tak mustahil kan

Jadi, kalau boleh saya nak cuba menghargai hidup yang sekarang kita alami
Sebab saya pasti saya pasti akan merinduinya
saya tak suka gamba what i really do. sebab takde la macam tu!!! tak!! gambar tu sangat tak senonoh!!!
p/s: manusia, tak pernah puas kann.

Doa ketenangan dalam menghadapi musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'munu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika
Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan redha menerima segala ketetapanMu 
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

Problems are like washing machines.
They twist us,spin us and knock us around.
But then, we come out cleaner, brighter and better than before =)


"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman"- [3:139]



Sunday, 8 April 2012

shh.. ni rahsia!!

bismillahirrahmanirrahim.



"shhh... rahsia ni awak je tahu ye. jangan sampai ada yang tahu"

" ni rahsia antara kita aje oke."

"ini adalah rahsia tau. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut!"

Saya tak suka bila saya perlu untuk simpan rahsia seseorang. Nak2 rahsia tu keburukan orang lain, yang juga kawan saya :'(

Kenapa perlu camni.
Canne ni?

Tolong lah. Kalau agak2 rahsia. Rahsiakan sahaja. Jangan beritahu, Biar sorangpun.
Oke la kalau nak bagitau orang lain
Tapi tolong bukan saya
penat la simpan rahsia orang
macam semua ada rahsia.
susah
tanggungjawab yang besar dan berat.


Macam rakan yang kejam pulak tanak dengar masalah orang. Bukan camtu, tapi...
susahnya, lepas tu nanti ada orang korek2 kat kita
lepas tu, kalau2 terlepas ke
risau sangat

Lepas ni, kalau rahsia saya tanak tahu apa2.
saya tanak tahu rahsia siapa2

biar bebas sikit
macam rama-rama.