Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Friday, 18 December 2015

The bf journey begins

Salam alaik..
Alhamdulillah 11hb dis 2015 sy telah selamat melahirkan seorang puteri.. alhamdulillah ala kulli hal

Maka, bermula lah perjalanan penyusuan saya selepas ni.. semoga zahra' exclusive bf

Bukan mudah ye perjalanan unt exclusive bf unt 2 tahun..sedangkan unt exclusive 6 bln pun bukan suatu perkara yg mudah..

Hari ke 5 kelahiran zahra', breast pump yg saya pre order sampai ke rumah.. kali ni sy memilih brand yg baru launch which is tiny touch dan sy pilih single pump..

Antara sbb sy pilih brand ni ialah sebab tiny touch ni simple.. nak basuh tak banyak part dan boleh recharge dan guna power bank.. so amat memudahkan saya.. saya kura ramai ibu2 suka yg simple2 je.. sng nak jaga kan..

Perjalanan penyusuan saya sebelum ni unt qaasem bukan juga satu cerita yang bagus.. jadi, saya tebus semula kesilapan saya..

Pam untuk stok zahra dan untuk qaasem juga.. semoga perjalanan kali ini dipermudahkan :) 

Mula2 perah memang sikit je 2oz tapi jangan putus asa.. perlu pam ikut time.. ada jadual pam.. lama2 nanti akan dapat 5oz dan lebih untuk setiap session..

Jadual mengepam saya ialah pada 9pg 12tghari 3ptg 6ptg.. semakin kerap kita pam nanti semakin byk demand unt susu dan lama2 susu yg terhasil semakin byk.. ini mengikut teori dan yup nampaknya terbukti :)

Cuma perlu rajinkan diri unt mengepam.. bukan mudah ya.. semoga kita ibu2 kuat demi anak2 kesayangan kita :)

Monday, 9 November 2015

program : trim n fit

salam a'laik
kali ni nak share program yang telah dijalankan iaitu kursus untuk staff.. trim n fit
alhamdulillah boleh dikatakan berjaya
sangat tak sangka sebab saya plan simple2 je
alhamdulillah dengan bantuan Allah saya dibantu dengan ajk2 yang sukarela membantu di saat akhir
yang akhirnya memudahkan perjalanan program
happy sangat :)
so, program ni saya jemput salah seorang jurulatih jom kurus 1 malaysia.. memang ohsem orangnya..peace V



tak plan langsung nak buat tepi pantai.. tapi peserta sangat sporting dan tak berat tulang membantu psp sorang ni.. Alhamdulillah :)
basic dalam dewan dulu.. kemudian, baru buat tepi pantai


sudut pameran pun cipta last minute. kalau sorang2 memang tak sempat mak nak adakan hehe

peserta enjoy the kursus.. mak buyong is happy :)
tak sia2 rasanya anjurkan kursus ni
kenangan manis sebelum cuti panjang :)

Thursday, 5 November 2015

Resipi : Ayam Masak Merah dan Samosa Kentang


Salam a'laik

So, harini saya kongsi lagi resipi untuk rujukan saya juga kelak
Kalini samosa kentang dan juga ayam masak merah..............

Samosa Kentang bahan simple sahaja, apa yang ada di dapur saya sahaja

Bahan-bahan (inti)
 :
Ikan bilis, bawang merah (blend)
Rempah daging (2-3 sudu)
Kentang (potong dadu)

Cara-cara :
Tumis ikan bilis dan bawang merah yang telah diblend tadi hingga naik bau
Kemudian, masukkan rempah daging
tunggu sampai rempah garing

Setelah rempah garing, masukkan kentang dan air (sedikit sahaja) dan biarkan sehingga kentang empuk..

perasakan dengan garam dan gula

kemudian saya hanya menggunakan kulit popiah ready made je..
balut2 kan inti tadi
dan goreng
dah siapp
senang kan
simple je resipi saya ni
takde banyak2 barang
hehe...

(tapi actually samosa saya ni x bape nak jadi sangat huhu)
1. dengan terlebih masinnye kan
2. lepas tu mmg berminyak, saya tapis lama2 pun still berminyak lagi :(
3. so boleh dikatakan ni antara resipi yang fail la kot.. perlu penambahbaikan

mungkin kene goreng dengan minyak yang sangat2 panas dan pada jangka masa yang singkat la lepas ni.. untuk elak terlalu berminyak..
garam, kurang sikit :D

Ayam Masak Merah (feveret abu qaasem ni, kalau masak ayam masak merah bertambah2 nasi dia hehe)

Bahan-bahan :
Ayam (saya suka bahagian dada, potong kecik2)
cili kering, bawang merah (blend)- bawang banyak2 sedap
cili sos
kacang peas
garam dan gula

cara-cara :
Tumis kan cili kering dan bawang merah yang telah diblend tadi sehingga cili garing.. haa.. cemana nak tau dah garing ??
1. dah naik minyak
2. nampak lubang2 kat pes cili tu

lepas dah garing cepat2 masukkan cili sos (saya suka brand life) gaul2 kejap lepas tu masukkan air, jangan letak banyak sangat air tau.. nanti ceroiii bak hang..hehe

lepas tu masukkan ayam., tutup kuali untuk biarkan ayam tu masak..makna nya biarkan kuah mendidih la..

then, masukkan kacang peas

gaul2 lagi dan tunggu mendidih, kejap je tu

lepas tu tutup api

lastt baru masukkan garam dan gula

tips semasa memasak : saya suka habiskan masak dulu, bila tutup api baru letak garam dan gula untuk mengelakkan penggunaan garam dan gula yang banyak.. yela... kalau letak awal2 dengan api plak tu
1. garam/gula akan terserap ke dalam ayam. so kena letak lebih banyak baru dapat rasa manis dan masin tu.. so intake akan lebih ye
2. rasa garam dan gula tu tenggelam pada suhu yang tinggi. so kena letak banyak2

ingat.. kesihatan yang paling penting sekali..
:)




idea for home schooling : food replica

salam alaik..
Minggu lepas2 saya ada menghadirkan diri dalam satu bengkel anjuran psp negeri saya bertugas ni.. Menariknya bengkel ini sy fikir boleh di aplikasi untuk dijadikan idea home schooling untuk saya dan anak di rumah.
Pada pendapat saya, ibu bapa itu adalah guru terbaik untuk anak2.. Jadi, apa salahnya untuk kita mengajar anak2 kita daripada bergantung harap 100% kepada guru di sekolah??
Tambah2 umur antara lahir sehingga kanak2 3 tahun merupakan umur terbaik untuk kanak2 belajar, dan menyerap apa yang terjadi di sekelilingnya,, Masa ni masa terbaik kalau nak anak kite jadi huffaz. Mudah mudahan ameen. Sesungguhnya beruntung ibu bapa jika anak dapat menjadi saham untuk kita sebagai ibu bapa masuk ke dalam syurga,, Mudah mudahan ameen,.
Okey, sebenarnya idea ni ialah membuat food replika
Hanya dengan menggunakan kertas.. Kertas surat khabar je,,
so, bawah ni cara-cara buat food replika menggunakan kertas surat khabar dan kertas terpakai..
daripada buang kan.. ada juga hasilnya :)

Wednesday, 30 September 2015

Salam alaik..

Lama nya tak conteng2 kat sini
Sejak pindah tempat keje ni masa pun tak berapa nak ada..
Tambah dengan alahan pregnant 2nd baby lagi..
Alhamdulillah alahan da berkurang..

Alhamdulillah umur pun dah bertambah
Jadi, dah tak boleh malas2 dah lagi
Nak jadi ummi buat 2 orang khalifah kecil
Kene rajin2 kan diri
Kalau sebelum ni malas2 sikit, bila rajin baru masak.. sekarang sy da berazam unt masak tiap2 hari.. hehe

Ditambah pula lepas tengok respon dr anak dan suami yg sgt2 positif.. hehe
Jadi lagi semangat..
Masak simple2 je 

Simple je unt harini..
Bfast : roti telur + nutrigen
Lunch : nasi goreng ikan bilis dan telur + ayam goreng tepung + rendang ayam walid beli.. hehe

Sunday, 9 November 2014

Karnival pemakanan

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menghirup udara 2015.. Walaupun hari pertama bekerja saya terpaksa el disebabkan kesihatan anak yg tak menginzinkan. 

Hari2 pertama 2015 ni nak throwback sikit antara program pertama dan grand yang pernah sy usahakan sepanjang kerjaya saya..eh eh grand la sangatttt kan..hehe.. 
Iaitu karnival pemakanan, pada 26 April 2014 tak silap sy.. Yg penting hari rabu..

Program ni adalah sempena bulan pemakanan dan sekali gus untuk mempromosikan dapur sihat masyarakat kami..

Yg penting banyak benda yg saya belajar how to do a program..
Susah kot.. Bayangkan sy di zaman u bukan seorang yang aktif join apa2 aktiviti kolej tapi bila zaman keje perlu buat program??? Banyak  yg sy belajar akhirnya..

Penatnya buat program.. Sebelum program tu nak berlangsung, perasaan ni Allah yg tahu, berdebar2 takut program gagal... Masa nak pasang khemah sume.. Rasa macam kenduri kawin kite plak.. Berdebar mengalahkan time jadi pengantin dulu... Sehari sebelum program, sibuk bukan kepalang.. Malam dah tak dapat tidur fikir apa yang buat esok.. Thanks to Allah pinjamkan sy suami yang sangat supportive .. Seingat sy dalam menjayakan program ni, sy selalu stress, dy banyak bantu sy.. :) tapi alhamdulillah bila program selesai lega sangattt.. Rasa macam batu2 di atas kepala dah dialihkan, siap makan beger bakar with my hubby untuk raikan kejayaan.. Hehe..

Semoga program bulan pemakanan tahun ni lebih baik dan lebih teratur.. Semoga sy lbh pandai mengawal emosi.. Hehe..

Demo masakan.. 
suasana di tapak pameran
Alhamdulillah.. Ramai juga yg datang :)
Sukaneka
 pertandingan masterchef cilik
Pertandingan mewarna kanak2 tadika
senamrobik acara pembuka

Saturday, 8 November 2014

Roadshow anemia

Salam a'laik..

Jadi harini nak throwback balik roadshow ibu hamil anemia yang telahpun dilakukan pada bulan April 2014..
Ramai juga ibu yang datang.. Talk sy hanya guna flipchart.. Dan after that ada demo masakan unt ibu anemia yang hadir.. Simple je aktiviti ni tp mudah-mudahan input nye ada pada ibu yang hadir :)
Yang tak best gamba sy berceramah takde :( huhuhu







Sunday, 12 October 2014

Kursus demo masak

Salam 'alaik..


Kalini sy nak berkongsi kursus demo masak yang dijalankan oleh peg sains pemakanan negeri kepada kami peg sains pemakanan daerah ni..
Tujuan kursus ni adalah unt memperkasakan lagi cooking demo itu..
Peserta selain kami psp daerah ialah nurses..
Setiap daerah ni akan diberi taklimat pd hari pertama dan hari kedua kami berpecah unt pertandingan demo masak
Menu bayi 0-6 bulan
Menu kanak2 kurang zat makanan
Menu ibu hamil anemia

group saya: pemakanan kanak2 kurang zat makanan


Jadi kumpulan sy ditugaskan unt mempertandingkan menu kanak2 kurang zat makanan dan kami memilih menu sardin roll dengan roti bersalut telur yang dilapisi dengan cornflakes hancur dan juga banana choc iaitu pisang bersalut coklat.. Cuma yang silap sikit coklatnya agak cair..
Tapi alhamdulillah kami dapat tempat ketiga ;)


alhamdulillah dapat tempat ketiga :) yey!!



Tuesday, 9 September 2014

Walk the talk

Semalam menu saya masak lemak udang.. Teringin rasanya nak makan masak lemak udang galah. Balik keje dah plan nak beli santan. Tapi sampai kat pasaraya hati ini serba salah rasanya nak beli santan. Mana tak nya kat klinik pong pang pong pang dok suruh orang kurangkan penggunaan santan. Ubah resipi dan sbg.

Saya pun sebenarnya sangat jarang guna santan kat rumah cuma entah kenapa dah beberapa hari kebelangan ni memang teringin sangat saya nak makan masak lemak udang. Jadi last2 saya pun amiklah susu cair instead of santan untuk masak lemak. Rasanya pun ok takdelah tak sedap pun.. Cuma rupanya agak kureng disebabkan penggunaan api yang agak kuat ketika memasak.. Saya cuba untuk membuat anjakan paradigma pada lidah family kecil saya.. Biar biasa makan makanan yang sihat.. Bebas msg dan perasa..

Saya rasa molek kiranya saya apply ilmu yang saya dah spread pada yang lain. Kita juga pendakwah. Dakwah kata cikgu bahasa arab saya ialah mengajak atau dengan kata lainnya menyeru..pendakwah agama menyeru kepada agama manakala kami pendakwah untuk menyeru kita semua supaya makan secara sihat..

Dan kami juga perlu "walk the talk"..Allah membenci jika kita menyeru orang lain ke arah kebaikan sedangkan kita sendiri tak melakukannya..sudah lupa ayat yang mana tapi saya tahu ayat itu wujud dalam al-quran..sekian..wallahu'alam.. -peace- ;)

P/s :Next post akan di attach resipi sekali ye..

Sunday, 6 July 2014

amalan cukur jambul

bismillahirrahmanirrahim~





alhamdulillah.. pada 8/6/2014 seorang khalifah kecil selamat dilahirkan.
kami namakannya sebagai Qaasem.
Qaasem..
Nama seorang putera Rasulullah..
InsyaAllah kelahiran kalifah kecil ini akan kami raikan mengikut sunnah Rasulullah dengan sebaiknya dan semoga urusan kami dipermudahkan, insyaAllah..
Antara sunnah Rasulullah dalam menyambut kelahiran seorang bayi ialah dengan mengerjakan aqiqah..
Tanda kesyukuran kita dengan kehadiran permata hati yang dikurniakan Ilahi..
Manakala dalam adat melayu, amalan cukur jambul seringkali dilakukan bersama dengan kenduri aqiqah..
Bolehkah begitu?
Selarikah dengan sunnah Rasulullah?


AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, 


"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)


Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.

Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.



Sebahagian masyarakat
 Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.


Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. 



Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.




alhamdulillah selesai bercukur dan bertahnik pada hari ke-7

Thursday, 10 October 2013

Kerjaya : Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dapat juga menukilkan sesuatu di sini.

Sejak dari zaman saya belajar di universiti dulu, kebanyakan masyarakat akan bertanya apa tu kos "Sains Pemakanan"? Belajar apa? Mestii pandai masak kan? Nanti keje jadi apa? Tak kurang jugak ada yang memandang sinis kos ni.. Hmm.. Takpela kan..

So, kat sini saya nak terangkan apa itu kos Sains Pemakanan dan apa itu jawatan Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

Sains Pemakanan (Nutrition)

Ini adalah kos yang saya ambil di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (tapi rasanya nama fakulti ini sudah ditukar) selama 4 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Tak kurang juga ramai yang tak tahu UKM ada kampus di KL. hahaha. (gelak geram).

Dan kos Sains Pemakanan ini akan membawa kepada kerjaya Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) di sektor swasta ataupun menjadi pakar pemakanan (Nutritionist) bagi syarikat2 makanan swasta seperti Nestle, syarikat susu formula dan banyak lagi.

Dan dan dan.. Belajar kos Sains Pemakanan yang paling mencabar ialah di UKM. Sangat2 susah. Sebab UKM sangat menitikberatkan kualiti siswazah mereka berbanding dengan kuantiti. Tak percaya? Hokey takpe biar saya tunjukkan kredit hour untuk setiap Universiti bagi kos ini dan anda boleh menilainya sendiri. Maklumat ni saya copy dari besty saya..

Kos Sains Pemakanan/ Jumlah credit hour Univrsiti di Malaysia
83/136- MQA (Nutrition)
111/164- UKM KL (Nutrition)
90/132- UPM (Nutrition & Community Health)
86/122- USM (Nutrition)
64/129- UITM (Nutrition & Dietetics)
64/127- IMU (Nutrition & Dietetics)
59/162 - UKM Bangi (Food Sciences & Nutrition)
56/125- UMS (Food Sciences & Nutrition)
38/122-UCSI (Food Sciences & Nutrition)


Okey untuk Pegawai Sains Pemakanan pula, bidang keje ni mencakupi segala aktiviti yang terdapat di bawah unit pemakanan/ unit zat makanan..  So, kat bawah ni contoh-contoh bidang tugas pegawai sains pemakanan daerah manjung,Perak. Saya ambil dari laman web Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

UNIT ZAT MAKANAN
Pengenalan
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Objektif Unit Pemakanan
  1. Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
  1. Promosi dan Pendidikan Pemakanan
  2. Menjalankan promosi penyusuan susu ibu melalui:
    - Inisiatif Hospital Rakan Bayi
    - Klinik Rakan Bayi
    - Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri dan Daerah
  3. Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan dan taska
  4. Promosi makanan secara sihat melalui aktiviti:-
    - Kempen Cara Hidup Sihat
    - Bulan Pemakanan
    - Katering Sihat
  5. Promosi Dapur Sihat Masyarakat
  6. Promosi pemakanan sihat di sekolah
  7. Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.
  8. Pemulihan Makanan
    - Melaksanakan Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Anemia
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan remaja dan orang dewasa.
  9. Rundingcara Pemakanan.





Okey itu saja untuk kali ni.. Untuk memperkenalkan kerjaya yang bakal saya lakukan insyaAllah bermula pada November ini. Mohon doakan supaya Allah memudahkan segala urusan saya :)




Wednesday, 26 June 2013

"ti" ke "tu" bunyi dia?

bismillahirrahmanirrahim~

Pada hari itu, sebelum solat berjemaah bersama zauj dan mertua, zauj menyuruh saya mengiqamatkan azan. Saya pun mengiqamatkan azan seperti biasa. Habis sahaja saya iqamatkan azan, zauj pun bertanya satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga

" "Tu" ke "Ti" bunyi dia?"
" Haa? Apa yang "tu" ke "ti"?" tanya saya sambil senyum kambing dan menggaru kepala yang tak gatal pun sebenarnya..haha. Al- maklumlah, dengan ilmu yang cetek ni, bila disergah sikit macam tu saya terus rasa keliru..
"Assolatu ke Assolati?"
"Emm..emm..emmm..apa ye?..hihi" saya hanya boleh senyum kambing.. Alamak malunya..Saya tersilap sebut ke apa tadi?
Zauj juga tersenyum sama ketika itu..

Kemudian, mertua saya menggesa solat dahulu, takut nanti terbatal wudhu' katanya. Hehe..

Tapi lepas tu, terus terlupa hal "tu" ke "ti" ni.. Jadi, soalan itu tergantung di situ sahaja. Saya sebenarnya nak jawapan daripada zauj sebutan mana yang sepatutnya. Alih-alih dua-dua pun terlupa sehingga sekarang.

Nasib baik lah saya beli buku "Fahami bacaan dalam solatmu". Bila buka muka surat ini, saya teringat kembali soalan zauj "Ti ke Tu bunyi dia?"



Rupanya, ini lah yang dimaksudkan oleh zauj..

Alhamdulillah, saya dah dapat pun jawapan dari soalan zauj.. wink.wink.wink.  ;)
Alhamdulillah, buku ini banyak membantu saya memahami makna bacaan dalam solat dan insyaAllah akan lebih khusyuk lagi dalam solat. :)

Mungkin saya tersalah sebut semasa iqamat itu. Saya pun tak pasti dan tak sedar kesilapan saya sehingga saya ditegur oleh zauj.. Tapi, saya bersyukur sebab zauj dapat menjadi imam dan mua'lim buat saya :)





Friday, 21 June 2013

Cabang-cabang iman~

bismillahirrahmanirrahim~

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda

"Iman itu mempunyai 70 cabang (riwayat lain 77 cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri di jalan. Dan malu juga merupakan salah satu daripada cabang iman." (Ashhabus Sittah).

Para pensyarah kitab Bukhari menjelaskan dan mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab2 tersebut. Hasilnya, iman yang sempurna itu mempunyai 3 bahagian:
1. Tashdiq bil qalbi - meyakini dengan hati
2. Iqrar bil lisan - mengucapkan dengan lisan
3. Amal bil arkan - mengamalkan dengan anggota

Yang berhubung dengan niat, akidah dan hati

1. Beriman kepada Allah, kepada Dzatnya, dengan segala sifatNya, meyakini bahawa Allah maha suci, Esa serta tiada bandingan serta tiada perumpamaan.

2. Selain Allah semuanya adalah ciptaanNya. Dialah yang Maha Esa.

3. Beriman kepada para malaikat

4. Beriman kepada kitab2 yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul Nya

5. Beriman kepada Rasul.

6. Beriman kepada takdir. Yang baik mahupun yang buruk semua itu datang dari Allah.

7. Beriman kepada hari kiamat. Termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, pertimbangan amal, dan menyeberangi shirat.

8. Menyakini adanya syurga dan isyaAllah semua mukmin akan memasukinya.

9. Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.

10. Mencintai Allah.

11. Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Ansar, juga keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya.

12. Mencintai Rasulullah s.a.w., termasuk siapa sahaja yang memuliakan beliau, berselawat ke atasnya, dan mengikuti sunnahnya.

13. Ikhlas, tidak riak dalam beramal dan jauhi nifaq.

14. Bertaubat. Menyesali dosa2 di dalam hati disertai janji tidak mengulanginya lagi.

15. Takut kepada Allah

16. Selalu mengharap rahmat Allah.

17. Tidak berputus asa dari ramat Allah.

18. Syukur.

19. Menunaikan amanah.

20. Sabar.

21. Tawadu' dan menghormati yang lebih tua

22. Kasih sayang. Termasuk mencintai anak-anak kecil.

23. Menerima dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan.

24. Tawakkal.

25. Meninggalkan sifat takbur dan membangga diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.

26. Tidak dengki dan iri hati.

27. Rasa malu.

28. Tidak menjadi pemarah.

29. Tidak menipu. Termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan kepada sesiapapun.

30. Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

Yang berhubung dengan lidah

31. Membaca kalimat Thayyibah

32. Membaca al-Quran yang suci

33. Menuntut ilmu

34. Mengajarkan ilmu.

35. Berdoa

36. Zikrullah, termasuk istighfar.

37. Menghindari bicara yang sia2.

Yang berhubungan dengan anggota tubuh

38. Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Menjaga solat. Termasuk solat fardhu, sunat dan qada'.

40. Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, memberi makanan, memuliakan tetamu, serta membebaskan hamba sahaya.

41. Berpuasa. Wajib mahupun sunat.

42. Haji.

43. Beriktikaf. Termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.

44. Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.

45. Menyempurnakan nazar.

46. Menyempurnakan sumpah

47. Menyempurnakan kifarah.

48. Menutup aurat ketika solat dan di luar solat.

49. Berkorban haiwan. Termasuk memerhatikan haiwan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.

50. Menguruskan jenazah.

51. Menunaikan hutang.

52. Meluruskan muamalat dan meninggalkan riba.

53. Bersaksi benar dan jujur. Tidak menutupi kebenaran.

54. Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.

55. Menunaikan hak keluarga dan sanak saudara serta menunaikan hak hamba sahaya.

56. Berbakti dan menunaikan hak orang tua.

57. Mendidik anak2 dengan tarbiah yang baik.

58. Menjaga silaturrahim.

59. Taat kepada orang tua dan orang yang dituakan dalam agama.

60. Menegakkan pemerintahan yang adil.

61. Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.

62. Mentaati pemerintah dengan syarat tidak melanggar syariat.

63. Membaiki muamalah dengan sesama.

64. Membantu orang lain di dalam kebaikan.

65. Amar makhruf nahi mungkar.

66. Menegakkan hukum Islam

67. Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.

68. Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.

69. Memberi dan membayar hutang.

70. Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.

71. Mencari harta dengan cara yang halal.

72. Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.

73. Memberi dan menjawab salam.

74. Mendoakan orang yang bersin.

75. Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.

76. Menghindari permainan dan senda gurau.

77. Menjauhkan benda-benda yang mengganggu jalan.




# MasyaAllah, bila tengok antara cabang2 iman ini, saya terasa iman saya sangat2 belum sempurna.. ( T T )
# Muhasabah buat diri sendiri.

Friday, 4 January 2013

Tips kebaikan berterusan

bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit perkongsian tentang tips agar kebaikan berterusan..

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.

2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”

3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.

4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.

5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.

6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.

7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.

- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.



[Pakar diari hati (fb)]

Thursday, 27 December 2012

Boikot. usaha kecil yang diperkecilkan.

Salam 'alaik.

Boikot produk israel. Isu boikot memboikot ni sebenarnya dah lama wujud. Cumanya sering tenggelam timbul. Kejap-kejap boikot, karang beli balik, lepas tu bila isu palestin-israel naik, boikot balik..

Hmm.. Saya pun suatu masa dulu macam tu, penah boikot, lepas tu tak dan sekarang boikot balik dan akan terus berusaha untuk istiqamah dalam memboikot produk israel..InsyaAllah..

Terkesima saya dengan status fb seorang teman. Orang Islam. Pandangan beliau, boikot ni macam suatu usaha yang bodoh di mana bukannya kita boleh jatuhkan israel dengan memboikot. Pandangan dia, kita mesti melawan israel dengan ilmu sebab bijak pandai datang dari sana.. Sedih.

Hmm...

Pandangan saya pula, biarlah kita berusaha walaupun usaha kita ni kecil je. Memang, kita bukannya boleh jatuhkan pihak israel dengan usaha kecil kita dengan memboikot produk mereka tapi sekurang2 nya kita berusaha untuk tidak membantu mereka menghancurkan saudara2 kita sendiri.. Bagi saya sendiri, saya tak rela walaupun sesen daripada duit saya tu digunakan untuk membeli senjata bagi menghancurkan saudara saya sendiri. WALAUPUN 1 SEN!!

Saya teringat cerita seekor burung yang berusaha untuk memadamkan api yang membakar seorang nabi Allah (Nabi Ibrahim a.s.).. Usaha kecil burung ini memang tidak pun dapat membantu memadamkan api tersebut. Dan burung itu pun sendiri tahu. Tetapi dia mempunyai alasannya yang tersendiri iaitu bila ditanya Allah nanti apakah usaha yang telah dia lakukan? Dia telah berusaha untuk membantu sekurang2 nya.

Dan di sini ada persamaannya.

Sekurang2 nya kita yang cuba memboikot ini telah berusaha. Walaupun usaha ini sungguh kecil. Semoga Allah redha dengan usaha kita. Moga istiqamah.

Boikot + Doa

InsyaAllah. =)


Thursday, 26 April 2012

Solat sunat Rawatib.

bismillahirrahimanirrahim~

saya terbaca dalam majalah solusi beberapa minggu lepas yang Rasulullah s.a.w. sangat menitik beratkan solat sunat rawatib. Padahal baginda ialah orang yang dijanjikan sorga oleh Allah. Rasulullah siap qada' lagi kalau tertinggal solat suniat rawatib ni.



Saya?



Errr.. bulan puasa ada lah. tu pun kat masjid..time maghrib n isya'

Tapi, lepas baca info menarik ini, insyaAllah saya cuba ubah paradigma ni. Dah lebih kurang seminggu ni saya amalkan solat sunat qabliyyah. Dan alhamdulillah. Rasa tenang. =) Jom ikut sunnah!

Ape tu solat sunat rawatib? eh tak tau ke? huhu... oke.. solat sunat rawatib ni ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Samada dikerjakan sebelum solat fardhu (qabliyah) ataupun selepas solat fardhu (ba'diyah).

Fungsi solat qabliyyah adalah untuk menenangkan jiwa setelah melakukan aktiviti duniawi (assignment ini itu, tengok tv, dengar music, hal2 lagha la, memasak la) yang kadangkala kita terlalu sibuk hingga tak mampu untuk khusyuk semasa melakukan solat fardhu. Ye lah, kadang2 masa solat la nak fikir mende2 kan. Masa solat la ingat benda yang kita lupa, masa solat la nak fikir masalah2 dunia. Dahlah bila kita tak solat, kita memang jarang ingat Allah, leka dengan hal dunia, bila dalam solat pun kadang2 tak boleh nak khusyu. Ish2. Dan sebab tu la kita kena buat solat sunat rawatib ni yang fungsinya adalah untuk menenangkan jiwa dan memastikan kita berada dalam keadaan yang cukup bersedia fizikal dan mental bagi menyempurnakan solat fardhu.

Manakala solat ba'diyah pula adalah untuk menyempurnakan mana2 kekurangan yang mungkin wujud ketika kita melaksanakan solat fardhu. Ye la, kita bukan perfect pun kan.Contohnya, kesilapan dalam bacaan, tak khusyuk, tersilap dalam pergerakan dan lain2.

Ummu Habibah meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah sollallahu'alaihiwassalam bersabda yang bermaksud
"Sesiapa yang solat dalam sehari semalam sebanyak 12 rakaat, akan dibangunkan untuknya rumah di syurga, iaitu 4 rakaat sebelum Zuhur dan 2 rakaat selepasnya, 2 rakaat selepas maghrib, 2 rakaat selepas isya' dan 2 rakaat sebelum subuh" - [Riwayat al- Tirmizi. Hadis Hasan sahih]
Hmm. kalaulah kita nampak balasan yang Allah bagi tu kat depan mata right after kita buat kebaikan, nescaya pasti semua akan buat solat sunat rawatib ni kan. Rumah dalam syurga tu. Sapa tanak kan. Osem oke!!! =D

Dan solat sunat yang dimaksudkan ialah Solat sunat rawatib iaitu solat sunat mu'akkad (yang diberatkan/amat digalakkan) sehinggakan sunat diqada sekiranya tertinggal.

Nabi sollallahu'alaihiwassalam pernah mengqada dua rakaat solat sunat sebelum Subuh kerana tertidur dan terlepas solat Subuh sehingga naik matahari- [Riwayat Muslim dan Abu Daud].
Dan baginda sollallahu'alaihiwassalam mengqada dua rakaat solat sunat ba'diyyah Zuhur selepas solat Asar - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].
 untuk bacaan lengkap, digalakkan ke sini, e book solat sunat rawatib.

p/s: minggu ini memang sangat bizi. hantar abstrak dan bentang hasil minggu depan. sudahlah tu, junior anjurkan coursenight pula jumaat ni. banyak lagi yg perlu dibuat + seminar dan lain2 assignment. Tapi, alhamdulillah saya insyaAllah dapat manage, walaupun ya kadangkala saya stress juga. Tak sangka saya dapat lalui kesibukan yang melampau ni dengan hati yang agak tenang. Sebabnya sebelum ni, saya bukan begini. Cuma kali ni, saya nak cuba kuatkan diri saya, berani present depan lecturer2. Takut, hanya pada Allah. Bukan pada hamba Allah =) biiznillah~