Saturday, 7 April 2012

saya mestilah muslim dari sudut akhlak.

bismillahirrahmanirrahim.

Ya. Saya mestilah muslim dari sudut akhlak. Bukan setakat nama sahaja. Kerana akhlak itu merupakan pengenalan diri kita. Siapa kita terletak pada akhlak kita. Betul kannn? (^ ^)?

Jadi, akhlak seorang muslim tu harus bagaimana ya? Islam amatlah menekankan akhlak yang mulia.

Rasulullah sallallahu'alaihi wassalam bersabda "Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia" - [ Hadis riwayat Imam Malik, Ahmad, Hakim, Al-Tabrani dan Bukhari].

Sehinggakan di dalam satu hadis ketika Rasulullah sallallahu'alaihi wassalam dintanya "Apakah itu Deen?" Baginda menjawab dengan sabdanya:
"Deen itu adalah akhlak yang baik"- [ Hadis riwayat Muhammad Ibn Nasr  al Maruzi secara mursal]
Nampak tak apa yang Rasulullah bayangkan? Agama Islam itu ialah akhlak baik. Makanya, untuk kita, yang mengaku muslim sudah tentu perlu berakhlak baik. Tapi, berakhlak baikkah kita? Mudah-mudahan ya.        ( T T ) Bagi saya, saya tak kata pun saya ni berakhlak baik. Tapi, dari sehari ke sehari insyaAllah saya cuba untuk betulkan diri saya. Semoga Allah mudahkan.

Jadi, di sini saya nak share beberapa sifat yang harus ada di dalam diri seorang muslim yang saya petik dari buku "Apa ertinya saya menganut islam?" Moga-moga kita dapat faedah dan amalkannya bersama. Biiznillah. Jom baiki diri sama-sama.

Sifat-sifat seorang muslim:

1. Bersifat warak daripada melakukan perkara syubhah. (menjauhi perbuatan syubhah)
2. Menundukkan pandangan
3. Memelihara lidah.
4. Malu
5. Lemah lembut dan sabar
"Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya dia akan memperoleh kebaikan dalam semua hal" - [Hadis Riwayat Muslim]
6. Bersifat benar dan jujur
7. Tawaduk
8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, dan menjejak keburukan orang.
9. Pemurah
10. Qudwah Hasanah

Semoga dipermudahkan Allah untuk kita amalkannya. =)
Kebetulan pula, entry kali ni sangat kena dengan entry sebelum ni, tak rancang pun. Memang sebelum ni tengah baca bab akhlak dalam buku "Apa ertinya saya menganut islam?" =)

No comments:

Post a Comment