Bismillahirrahmanirrahim
29/03/2012
Hari ni hari Khamis. Ingatkan semalam bolehlah saya puasa sunat hari ni. Tapi nampak gayanya perancangan Allah itu lebih hebat.
4.18 pagi :
Saya terbangun dan qiam. Tapi, qiam saya kali ini tiada khusyuknya, entah di mana. Semasa qiam pun masih sempat memikirkan urusan duniawi. Mana dengan Seminar, dengan study untuk midsem, dengan tesis lagi!
Allah. malu pula saya bila kenangkan hal pagi tadi. Semasa dating dengan Allah pun, saya curang! curang! Sudahlah diberi 24jam, hanya beberapa jam dating sahaja pun saya tak mampu untuk setia terus. malu pula.
Sekarang ya saya rasa malu, kesal dan bersalah. Tapi tadi, masa saya qiam, saya qiam dengan gopoh gapah. Saya nak cepat kejar masa. Saya dah fikir nak buat apa untuk sahur. Dan saya fikir tu masa tengah qiam! MasyaAllah teruk sungguh diri ini!!! Saya pun tak sure sebenarnya niat saya bangun tadi adakah untuk qiam atau study? Saya cepat2 nak kejar masa supaya sempat untuk study. Walaupun sedikit. Puncanya, salah saya sendiri, malam semalam saya berchatting dengan kawan saya sampai saya rasa penat dan tidur awal. Study entah kemana.. Kemudian, rasa bersalah mula menebal. Set jam awal untuk study! ( T T )
Selesai qiam dengan tanpa rasa bersalah. Cepat cepat saya panaskan air, cadang nak buat milo la. Saya pun letak la serbuk milo dalam mangkuk plastik dengan sudu besi disendeng di dalamnya. Lepas tu, panjat kerusi untuk ambil air dan frosties. Cadangnya nak rendam frosties tu dalam milo. Kira sahur cereal la saya, omputih sikit kan. Tengah2 panjat tu, mangkuk yang berisi serbuk milo tadi terbalik.
DUSH!!!!
DUSH!!!! DUSH!!!! DUSH!!!
Ya Allah. Saya sudahlah tengah kejar masa, masa ni jugaklah nak terbalik.. Sebelum ni tak pernah. Oh, saya bari je mop lantai semalam!! semalam!! ( T T ) *nanges laju laju..Saya memang hati2 selama ni sebab saya tak suka makanan saya tumpah. Melekit. Kena mop lagi !!!. Nanti semut!!! Benci!!! Saya rasa geram. Ya, sebab saya tengah kejar masa untuk sahur lagi, mana dengan study lagi yang dari tadi saya duk rungsingkan..
contoh makanan saya pagi tu. mangkuk plastik ni la yg terbalik. tak sempat isi frosties lagi. ='(
Saya tak tahu apa yang saya rasa time tu. Saya kesal. Kesal sangat. Kenapa masa ni???
Lepas kemas-kemas (sambil menangis) saya terus sambung tidur. Air mata saya mengalir laju, dan saya memang dah tak boleh tahan time ni. Lemahnya saya. Ya, saya tak sahur. Saya sedih dan ikutkan kesedihan tu. Saya stress sangat. Lepas subuh pun saya tak baca mathurat tapi terus tidur. Saya stress. Sampai tadi saya fikir "Kenapa ya Allah? Sedangkan saya nak sahur? nak beribadat? Kenapa tak Kau permudahkan"
Sekarang saya malu. Mahu saja saya tarik balik kata2 saya tadi. Kenapa saya harus mempertikaikan apa yang Allah takdirkan untuk saya? Siapa saya untuk mempertikaikan? ( T T )
Hikmahnya, tadi ada lab fizikal aktviti. Kami semua dikehendaki berlari di atas treadmill selama 12 minit. 1 kilometer ++ jugak saya lari tadi. Penat. Rasa nak pengsan. Memang langsung tak larat. Masa ni, saya tahu inilah hikmahnya. Kalau tadi saya sahur, dan saya puasa mesti saya pengsan agaknya.
( T T )
Saya rasa teruk. Sekarang otot2 kaki saya sakit. Mungkin terkejut. Lama tak buat exercise. Bila buat, rasa sakit2.. Tak boleh nak speed laju2.. Memang tak larat! Beza dengan orang yang biasa exercise. Tak rasa apa. Relax je buat..
Masa ni pula saya terfikir di hari akhirat nanti apabila Allah menyuruh hamba2 nya sujud kepadaNya. Maka, ketika itu ada orang islam yang tak boleh sujud. Kenapa?
Sebab dia tak biasa. Dia nak sujud tapi tak boleh. Dia cuba lagi nak sujud, tapi still tak boleh. Sebabnya dia tak biasa bersujud. Sama juga halnya dengan orang2 yang bersujud ketika di dunia dengan riak. Hanya untuk menunjuk2. Golongan ini juga tidak mampu bersujud kepada Allah apabila diminta bersujud kelak. Ya Allah, jauhkanlah saya daripada menjadi golongan ini. Ameen.
No comments:
Post a Comment