Thursday, 27 December 2012

Boikot. usaha kecil yang diperkecilkan.

Salam 'alaik.

Boikot produk israel. Isu boikot memboikot ni sebenarnya dah lama wujud. Cumanya sering tenggelam timbul. Kejap-kejap boikot, karang beli balik, lepas tu bila isu palestin-israel naik, boikot balik..

Hmm.. Saya pun suatu masa dulu macam tu, penah boikot, lepas tu tak dan sekarang boikot balik dan akan terus berusaha untuk istiqamah dalam memboikot produk israel..InsyaAllah..

Terkesima saya dengan status fb seorang teman. Orang Islam. Pandangan beliau, boikot ni macam suatu usaha yang bodoh di mana bukannya kita boleh jatuhkan israel dengan memboikot. Pandangan dia, kita mesti melawan israel dengan ilmu sebab bijak pandai datang dari sana.. Sedih.

Hmm...

Pandangan saya pula, biarlah kita berusaha walaupun usaha kita ni kecil je. Memang, kita bukannya boleh jatuhkan pihak israel dengan usaha kecil kita dengan memboikot produk mereka tapi sekurang2 nya kita berusaha untuk tidak membantu mereka menghancurkan saudara2 kita sendiri.. Bagi saya sendiri, saya tak rela walaupun sesen daripada duit saya tu digunakan untuk membeli senjata bagi menghancurkan saudara saya sendiri. WALAUPUN 1 SEN!!

Saya teringat cerita seekor burung yang berusaha untuk memadamkan api yang membakar seorang nabi Allah (Nabi Ibrahim a.s.).. Usaha kecil burung ini memang tidak pun dapat membantu memadamkan api tersebut. Dan burung itu pun sendiri tahu. Tetapi dia mempunyai alasannya yang tersendiri iaitu bila ditanya Allah nanti apakah usaha yang telah dia lakukan? Dia telah berusaha untuk membantu sekurang2 nya.

Dan di sini ada persamaannya.

Sekurang2 nya kita yang cuba memboikot ini telah berusaha. Walaupun usaha ini sungguh kecil. Semoga Allah redha dengan usaha kita. Moga istiqamah.

Boikot + Doa

InsyaAllah. =)


No comments:

Post a Comment