bismillahirrahmanirrahim~
alhamdulillah.. pada 8/6/2014 seorang khalifah kecil selamat dilahirkan.
kami namakannya sebagai Qaasem.
Qaasem..
Nama seorang putera Rasulullah..
InsyaAllah kelahiran kalifah kecil ini akan kami raikan mengikut sunnah Rasulullah dengan sebaiknya dan semoga urusan kami dipermudahkan, insyaAllah..
Antara sunnah Rasulullah dalam menyambut kelahiran seorang bayi ialah dengan mengerjakan aqiqah..
Tanda kesyukuran kita dengan kehadiran permata hati yang dikurniakan Ilahi..
Manakala dalam adat melayu, amalan cukur jambul seringkali dilakukan bersama dengan kenduri aqiqah..
Bolehkah begitu?
Selarikah dengan sunnah Rasulullah?
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.
Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
alhamdulillah selesai bercukur dan bertahnik pada hari ke-7
Sunday, 6 July 2014
Wednesday, 2 July 2014
Kekurangan enzim G6PD
bismillahirrahmanirrahim.
* post entry lama yang ada dalam draft *
Kekurangan enzim G6PD.. bukan suatu penyakit tetapi disebabkan oleh faktor genetik..
Sebelum ini saya tidak mahu menumpukan perhatian pada diet bagi individu yang mempunyai masalah kekurangan enzim g6pd ini..
Tapi nampaknya, saya perlu..
Minggu lalu, saya didatangi oleh pesakit yang anak lelakinya mempunyai masalah allergy bagi kebanyakan makanan.. anak lelaki yang baru berusia 10 bulan itu tidak boleh memakan kebanyakan jenis protein.. ikan pun allergy.. sesuatu yang agak aneh bagi saya.. ayahnya mendakwa bahawa dirinya pernah kekurangan enzim g6pd semasa kecik tetapi sudah tiada masalah ketika dewasa.. saya bertambah pelik.. bukankah g6pd ni disebabkan oleh genetik? boleh berubah ke genetik? hmmm...
Umumnya, individu normal biasa mempunyai enzim g6pd yang cukup untuk menstabilkan sel darah merah kita supaya boleh bekerja secara normal.. Sel darah merah pula penting untuk membekalkan nutrien dan oksigen untuk sel-sel pada badan kita supaya dapat berfungsi juga secara normal..
Jadi, individu yang tidak mempunyai enzim g6pd atau kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mereka tidak stabil dan mudah pecah.. Hal ini akan menyebabkan hemolisis anemia.. iaitu kekurangan darah merah akibat darah merah yang pecah..
Akibatnya, mereka yang mengalami hemolisis anemia ini akan kekurangan darah.. Kekurangan darah pula mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti mudah letih, cepat mengantuk, lemah, lesu, dan mungkin menyebabkan pengsan dan penyakit lain..
Seperti yang saya katakan tadi, g6pd ini bukanlah suatu penyakit.. Hanya kerana kekurangan enzim g6pd..
Masalah akan terjadi sekiranya individu ini terdedah dengan bahan yang boleh mengakibatkan hemolisis sel darah merah.. Dan selalunya pengambilan bahan-bahan yang boleh mengakibatkan pengoksidaan seperti ubat-ubatan dan kacang parang akan menyebabkan berlakunya hemolisis sel darah merah.. Dan kemudian menyebabkan berlakunya kepucatan (akibat kurang sel darah merah), jaundis (penyakit kuning), jantung berdebar-debar, hemoglobinuria (sel darah merah yang terdapat di dalam air kencing) dan juga boleh menyebabkan kematian!

Subscribe to:
Posts (Atom)