Alhamdulillah dapat juga menukilkan sesuatu di sini.
Sejak dari zaman saya belajar di universiti dulu, kebanyakan masyarakat akan bertanya apa tu kos "Sains Pemakanan"? Belajar apa? Mestii pandai masak kan? Nanti keje jadi apa? Tak kurang jugak ada yang memandang sinis kos ni.. Hmm.. Takpela kan..
So, kat sini saya nak terangkan apa itu kos Sains Pemakanan dan apa itu jawatan Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)
Sains Pemakanan (Nutrition)
Ini adalah kos yang saya ambil di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (tapi rasanya nama fakulti ini sudah ditukar) selama 4 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Tak kurang juga ramai yang tak tahu UKM ada kampus di KL. hahaha. (gelak geram).
Dan kos Sains Pemakanan ini akan membawa kepada kerjaya Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) di sektor swasta ataupun menjadi pakar pemakanan (Nutritionist) bagi syarikat2 makanan swasta seperti Nestle, syarikat susu formula dan banyak lagi.
Dan dan dan.. Belajar kos Sains Pemakanan yang paling mencabar ialah di UKM. Sangat2 susah. Sebab UKM sangat menitikberatkan kualiti siswazah mereka berbanding dengan kuantiti. Tak percaya? Hokey takpe biar saya tunjukkan kredit hour untuk setiap Universiti bagi kos ini dan anda boleh menilainya sendiri. Maklumat ni saya copy dari besty saya..
Kos Sains Pemakanan/ Jumlah credit hour Univrsiti di Malaysia
83/136- MQA (Nutrition)
111/164- UKM KL (Nutrition)
90/132- UPM (Nutrition & Community Health)
86/122- USM (Nutrition)
64/129- UITM (Nutrition & Dietetics)
64/127- IMU (Nutrition & Dietetics)
59/162 - UKM Bangi (Food Sciences & Nutrition)
56/125- UMS (Food Sciences & Nutrition)
38/122-UCSI (Food Sciences & Nutrition)
Okey untuk Pegawai Sains Pemakanan pula, bidang keje ni mencakupi segala aktiviti yang terdapat di bawah unit pemakanan/ unit zat makanan.. So, kat bawah ni contoh-contoh bidang tugas pegawai sains pemakanan daerah manjung,Perak. Saya ambil dari laman web Pejabat Kesihatan Daerah Manjung
UNIT ZAT MAKANAN
Pengenalan
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Objektif Unit Pemakanan
- Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
- Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
- Promosi dan Pendidikan Pemakanan
- Menjalankan promosi penyusuan susu ibu melalui:
- Inisiatif Hospital Rakan Bayi
- Klinik Rakan Bayi
- Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri dan Daerah - Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan dan taska
- Promosi makanan secara sihat melalui aktiviti:-
- Kempen Cara Hidup Sihat
- Bulan Pemakanan
- Katering Sihat - Promosi Dapur Sihat Masyarakat
- Promosi pemakanan sihat di sekolah
- Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.
- Pemulihan Makanan
- Melaksanakan Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
- Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Anemia
- Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan remaja dan orang dewasa. - Rundingcara Pemakanan.
Okey itu saja untuk kali ni.. Untuk memperkenalkan kerjaya yang bakal saya lakukan insyaAllah bermula pada November ini. Mohon doakan supaya Allah memudahkan segala urusan saya :)