Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Monday, 9 November 2015

program : trim n fit

salam a'laik
kali ni nak share program yang telah dijalankan iaitu kursus untuk staff.. trim n fit
alhamdulillah boleh dikatakan berjaya
sangat tak sangka sebab saya plan simple2 je
alhamdulillah dengan bantuan Allah saya dibantu dengan ajk2 yang sukarela membantu di saat akhir
yang akhirnya memudahkan perjalanan program
happy sangat :)
so, program ni saya jemput salah seorang jurulatih jom kurus 1 malaysia.. memang ohsem orangnya..peace V



tak plan langsung nak buat tepi pantai.. tapi peserta sangat sporting dan tak berat tulang membantu psp sorang ni.. Alhamdulillah :)
basic dalam dewan dulu.. kemudian, baru buat tepi pantai


sudut pameran pun cipta last minute. kalau sorang2 memang tak sempat mak nak adakan hehe

peserta enjoy the kursus.. mak buyong is happy :)
tak sia2 rasanya anjurkan kursus ni
kenangan manis sebelum cuti panjang :)

Sunday, 9 November 2014

Karnival pemakanan

Alhamdulillah.. Masih diberi peluang untuk menghirup udara 2015.. Walaupun hari pertama bekerja saya terpaksa el disebabkan kesihatan anak yg tak menginzinkan. 

Hari2 pertama 2015 ni nak throwback sikit antara program pertama dan grand yang pernah sy usahakan sepanjang kerjaya saya..eh eh grand la sangatttt kan..hehe.. 
Iaitu karnival pemakanan, pada 26 April 2014 tak silap sy.. Yg penting hari rabu..

Program ni adalah sempena bulan pemakanan dan sekali gus untuk mempromosikan dapur sihat masyarakat kami..

Yg penting banyak benda yg saya belajar how to do a program..
Susah kot.. Bayangkan sy di zaman u bukan seorang yang aktif join apa2 aktiviti kolej tapi bila zaman keje perlu buat program??? Banyak  yg sy belajar akhirnya..

Penatnya buat program.. Sebelum program tu nak berlangsung, perasaan ni Allah yg tahu, berdebar2 takut program gagal... Masa nak pasang khemah sume.. Rasa macam kenduri kawin kite plak.. Berdebar mengalahkan time jadi pengantin dulu... Sehari sebelum program, sibuk bukan kepalang.. Malam dah tak dapat tidur fikir apa yang buat esok.. Thanks to Allah pinjamkan sy suami yang sangat supportive .. Seingat sy dalam menjayakan program ni, sy selalu stress, dy banyak bantu sy.. :) tapi alhamdulillah bila program selesai lega sangattt.. Rasa macam batu2 di atas kepala dah dialihkan, siap makan beger bakar with my hubby untuk raikan kejayaan.. Hehe..

Semoga program bulan pemakanan tahun ni lebih baik dan lebih teratur.. Semoga sy lbh pandai mengawal emosi.. Hehe..

Demo masakan.. 
suasana di tapak pameran
Alhamdulillah.. Ramai juga yg datang :)
Sukaneka
 pertandingan masterchef cilik
Pertandingan mewarna kanak2 tadika
senamrobik acara pembuka

Saturday, 8 November 2014

Roadshow anemia

Salam a'laik..

Jadi harini nak throwback balik roadshow ibu hamil anemia yang telahpun dilakukan pada bulan April 2014..
Ramai juga ibu yang datang.. Talk sy hanya guna flipchart.. Dan after that ada demo masakan unt ibu anemia yang hadir.. Simple je aktiviti ni tp mudah-mudahan input nye ada pada ibu yang hadir :)
Yang tak best gamba sy berceramah takde :( huhuhu







Sunday, 12 October 2014

Kursus demo masak

Salam 'alaik..


Kalini sy nak berkongsi kursus demo masak yang dijalankan oleh peg sains pemakanan negeri kepada kami peg sains pemakanan daerah ni..
Tujuan kursus ni adalah unt memperkasakan lagi cooking demo itu..
Peserta selain kami psp daerah ialah nurses..
Setiap daerah ni akan diberi taklimat pd hari pertama dan hari kedua kami berpecah unt pertandingan demo masak
Menu bayi 0-6 bulan
Menu kanak2 kurang zat makanan
Menu ibu hamil anemia

group saya: pemakanan kanak2 kurang zat makanan


Jadi kumpulan sy ditugaskan unt mempertandingkan menu kanak2 kurang zat makanan dan kami memilih menu sardin roll dengan roti bersalut telur yang dilapisi dengan cornflakes hancur dan juga banana choc iaitu pisang bersalut coklat.. Cuma yang silap sikit coklatnya agak cair..
Tapi alhamdulillah kami dapat tempat ketiga ;)


alhamdulillah dapat tempat ketiga :) yey!!



Saturday, 4 October 2014

Program transformasi minda

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis lagi di sini..
Kali ini sy nak bercerita ttg pengalaman sy mengikuti program transformasi minda (ptm) bil 5/2014..anjuran unit latihan jknns..

Alhamdulillah syukur program tamat dgn jayanya...
Sebelum saya menjejakkan kaki ke program ini,beberapa orang di pejabat memomokkan program ini kepada sy.. Fasi yang poyo dan garang kononnya dan macam2 yang memang membuatkan sy begitu takut dan gerun untuk menjejakkan kaki ke program ini.. Dah la sy nak bawa family sekali.. Maklumlah, anak sy masih fully bfeeding memang terpaksa sy book hotel berdekatan unt suami anak dan ibu mertuaku.. Mujur ibu mertua sangat bertolak ansur..

muka qaasem sedih je kene tinggal dengan ummi :'(


Hari pertama sy rasa memang tak seronok..tak best..rasa macam dalam neraka.. Mana tak nya hari pertama masa di briefing oleh penyelaras, ni tak boleh tu tak boleh.. Rasa seperti dilayan macam kanak2 riang.. Dah lama orang tak layan sy macam ni.. Bila kawan sy mntak izin nak beli kasut sebab terlupa nak bawa pun tak dibenarkan malah dipersoalkan kenapa dy tak bawa di depan orang ramai.. Masyaallah jujur rasa menyesal join program ni timbul dalam hati kecil ini.. Oh ya, nama sy sebenarnya takde pun dalam kursus ptm kali ni tapi sy yang nak join sangat kursus ni smpai call unit latihan tu..

Lepas tu fasi 1 bg ucapan.. Sangat strict bunyinya.. Siap halau sapa2 yang rasa tak boleh nak ikut peraturan.. Saya rasa menyampah ketika itu.. Jujur.. Bajet bagus je.. Siap kata mimpi buruk la program gagal la.. Memang poyo habis..haha mati la sy klo dibaca en roy.. Haha.. Hari pertama banyak diisi dengan ceramah selepas tu..


Hari kedua..


Dimulakan dengan senaman pagi.. Di tepi pantai.. Sy enjoy.. Hilang stress keje.. Lagipun bila kita pandang laut dan ingat kebesaran Allah, kita dapat pahala selain ketenangan..
Lepas tu petangnya ada aktiviti sukaneka..




Yang ni best.. Sangat2 best.. Jujur.. Hari kedua sy mula kenal fasi2, mula kenal penyelaras.. Diorang baik.. Sangat2 baik.. Penyelaras prog kalau terserempak dengan sy mesti tersenyum dan tanya macam mana sy..ok ke tak? Fasi pun da mula tersenyum.. Sy rasa selesa.. Lepas game2 tu diorang ni baik la sebenarnya..

Mungkin garang mula2 tu bersebab.. Kalau tak buat camtu confirm macam2 hal timbul.. Lepas tu kami dipecahkan by group unt buat persembahan dan setiap dua kump dijaga oleh 1 fasi..

Alhamdulillah kump sy semua sangat sempoi.. Fasi pun sempoi.. Task kami ialah buat lakonam untuk malam terakhir.. Fasi bagi idea.. Dan kami tambah2 idea tu.. Kami bekerja dalam keadaan enjoy dan santai..stress???langsung tak..lakonan simple..skrip pun spontan.. Tapi alhamdulillah kebanyakan fasi terima plot cerita kami.. Komen mereka buat kami lebih bersemangat..hehe.. Bila ingat semula kenangan tu tersenyum sendiri saya dibuatnya..




Hari ketiga..

Pagi jogging macam biasa.. Lepas tu ceramah then petang riadah.. Kami diberi masa untuk sesi latihan bersama kumpulan msg2.. Kami pilih untuk ke pantai.. Suasana pantai lebih tenang dan santai.. Malamnya fasi nak tengok persembahan kami dan komen.. Kami dgr ada kump yg kene tukar semua jln cerita.. Kebanyakan nya.. Kecuali group kami.. Syukur.. Kami semangat.. Sambil berlatih gelak2...enjoy sgt..





Hari keempat..



Ada makan malam gala.. Semua kump buat persembahan.. Semua dapat no 1.. Adil kan..





Lepas tu fasi umum kan 10 peserta dpt markah terendah n kene balik.. Dan nama sy pun ada.. Peliklahh sy rasa group sy terbaik kot.. Ok mungkin group yg terbaik tp bukan sy.. Redha je la.. Memang x nangis.. Sbb terkejut.. Siap mula2 kata sy selamat lepas tu panggil balik nama sy..ok last2 tinggal kami berempat n disingkirkan.. Sy rasa mcm masuk akedemi fantasia plak time tu.. Siap ada kete da tunggu luar nak jmpt.. Naik la kami bereempat dalam kete..kete tu jalan jap pastu driver dy yakni urusetia tu dpt call la konon boss call suh patah balik.. Yang peliknya dy pegang telepon tu terbalik weyhhh... Sy lg la pening.. Yang lagi dua orang tu memang nanges da gile2..ribut petir sume.. Sy boleh lagi bertahan.. Takla sedih sgt.. Dah takde rezeki tu dahla kan.. Maybe rezeki kat tempat lain..
Oke.. Dah patah balik kitorang pun diarah masuk balik mengadap boss.. Masuk2 tengok diorang nyanyi lagu hepi besday...okeyyyyyyyyyy...siap ada kek.. Time tu rasa malu kotttttt....


Bila en roy bagi mic suh bagi ucapan baru la sy nanges.. Bukan nanges sedih sebab sy kne keluar.. Tapi nanges terharu.. Ramai rupanya kawan2 kat situ yang sayang pada sy, kesian kat sy bila sy kene keluar dr program.. Jujur memang sy nanges sebab tu.. Masa ni sy sedar tak silap sy call en roy untuk join ptm bil 5 ni.. Sy rasa bertuah.. Allah yang aturkan pertemuan sy dgn peserta yg hebat dan baik2.. Semua sedih dan turut menangis.. Padahal sy yg kne keluar.. Diorang selamat.. Good kan.. Sini sy ada belajar nilai2 murni yg memang takkan sy lupa..



Last day were exam.. Sonang jo weyh..haha.. Lepas tu persmbhn.. Mcm biasa group kami buat dgn enjoy dan ikhlas..last, fasi kami tunjuk markah penilaian kpd kami.. Sume dpt markah tinggi tp plg tinggi sy dan ada lg sorang.. Terkejut sy.. Apa yg dinilai pd sy smpai sy dpt mrkh tertinggi pun masih sy tertanya2.. Apa pun sy suka ptm bil 5/2014... Kenangan yg takkan sy lupa.. :) sy rasa kepayahan saya dihargai..bawak family..curi2 masa pam susu semua tu berbaloi bg sy.. Alhamdulillah semua da selesai.. :)
















Tuesday, 9 September 2014

Walk the talk

Semalam menu saya masak lemak udang.. Teringin rasanya nak makan masak lemak udang galah. Balik keje dah plan nak beli santan. Tapi sampai kat pasaraya hati ini serba salah rasanya nak beli santan. Mana tak nya kat klinik pong pang pong pang dok suruh orang kurangkan penggunaan santan. Ubah resipi dan sbg.

Saya pun sebenarnya sangat jarang guna santan kat rumah cuma entah kenapa dah beberapa hari kebelangan ni memang teringin sangat saya nak makan masak lemak udang. Jadi last2 saya pun amiklah susu cair instead of santan untuk masak lemak. Rasanya pun ok takdelah tak sedap pun.. Cuma rupanya agak kureng disebabkan penggunaan api yang agak kuat ketika memasak.. Saya cuba untuk membuat anjakan paradigma pada lidah family kecil saya.. Biar biasa makan makanan yang sihat.. Bebas msg dan perasa..

Saya rasa molek kiranya saya apply ilmu yang saya dah spread pada yang lain. Kita juga pendakwah. Dakwah kata cikgu bahasa arab saya ialah mengajak atau dengan kata lainnya menyeru..pendakwah agama menyeru kepada agama manakala kami pendakwah untuk menyeru kita semua supaya makan secara sihat..

Dan kami juga perlu "walk the talk"..Allah membenci jika kita menyeru orang lain ke arah kebaikan sedangkan kita sendiri tak melakukannya..sudah lupa ayat yang mana tapi saya tahu ayat itu wujud dalam al-quran..sekian..wallahu'alam.. -peace- ;)

P/s :Next post akan di attach resipi sekali ye..

Thursday, 10 October 2013

Kerjaya : Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dapat juga menukilkan sesuatu di sini.

Sejak dari zaman saya belajar di universiti dulu, kebanyakan masyarakat akan bertanya apa tu kos "Sains Pemakanan"? Belajar apa? Mestii pandai masak kan? Nanti keje jadi apa? Tak kurang jugak ada yang memandang sinis kos ni.. Hmm.. Takpela kan..

So, kat sini saya nak terangkan apa itu kos Sains Pemakanan dan apa itu jawatan Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

Sains Pemakanan (Nutrition)

Ini adalah kos yang saya ambil di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (tapi rasanya nama fakulti ini sudah ditukar) selama 4 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Tak kurang juga ramai yang tak tahu UKM ada kampus di KL. hahaha. (gelak geram).

Dan kos Sains Pemakanan ini akan membawa kepada kerjaya Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) di sektor swasta ataupun menjadi pakar pemakanan (Nutritionist) bagi syarikat2 makanan swasta seperti Nestle, syarikat susu formula dan banyak lagi.

Dan dan dan.. Belajar kos Sains Pemakanan yang paling mencabar ialah di UKM. Sangat2 susah. Sebab UKM sangat menitikberatkan kualiti siswazah mereka berbanding dengan kuantiti. Tak percaya? Hokey takpe biar saya tunjukkan kredit hour untuk setiap Universiti bagi kos ini dan anda boleh menilainya sendiri. Maklumat ni saya copy dari besty saya..

Kos Sains Pemakanan/ Jumlah credit hour Univrsiti di Malaysia
83/136- MQA (Nutrition)
111/164- UKM KL (Nutrition)
90/132- UPM (Nutrition & Community Health)
86/122- USM (Nutrition)
64/129- UITM (Nutrition & Dietetics)
64/127- IMU (Nutrition & Dietetics)
59/162 - UKM Bangi (Food Sciences & Nutrition)
56/125- UMS (Food Sciences & Nutrition)
38/122-UCSI (Food Sciences & Nutrition)


Okey untuk Pegawai Sains Pemakanan pula, bidang keje ni mencakupi segala aktiviti yang terdapat di bawah unit pemakanan/ unit zat makanan..  So, kat bawah ni contoh-contoh bidang tugas pegawai sains pemakanan daerah manjung,Perak. Saya ambil dari laman web Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

UNIT ZAT MAKANAN
Pengenalan
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Objektif Unit Pemakanan
  1. Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
  1. Promosi dan Pendidikan Pemakanan
  2. Menjalankan promosi penyusuan susu ibu melalui:
    - Inisiatif Hospital Rakan Bayi
    - Klinik Rakan Bayi
    - Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri dan Daerah
  3. Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan dan taska
  4. Promosi makanan secara sihat melalui aktiviti:-
    - Kempen Cara Hidup Sihat
    - Bulan Pemakanan
    - Katering Sihat
  5. Promosi Dapur Sihat Masyarakat
  6. Promosi pemakanan sihat di sekolah
  7. Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.
  8. Pemulihan Makanan
    - Melaksanakan Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Anemia
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan remaja dan orang dewasa.
  9. Rundingcara Pemakanan.





Okey itu saja untuk kali ni.. Untuk memperkenalkan kerjaya yang bakal saya lakukan insyaAllah bermula pada November ini. Mohon doakan supaya Allah memudahkan segala urusan saya :)