Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, 5 November 2015

idea for home schooling : food replica

salam alaik..
Minggu lepas2 saya ada menghadirkan diri dalam satu bengkel anjuran psp negeri saya bertugas ni.. Menariknya bengkel ini sy fikir boleh di aplikasi untuk dijadikan idea home schooling untuk saya dan anak di rumah.
Pada pendapat saya, ibu bapa itu adalah guru terbaik untuk anak2.. Jadi, apa salahnya untuk kita mengajar anak2 kita daripada bergantung harap 100% kepada guru di sekolah??
Tambah2 umur antara lahir sehingga kanak2 3 tahun merupakan umur terbaik untuk kanak2 belajar, dan menyerap apa yang terjadi di sekelilingnya,, Masa ni masa terbaik kalau nak anak kite jadi huffaz. Mudah mudahan ameen. Sesungguhnya beruntung ibu bapa jika anak dapat menjadi saham untuk kita sebagai ibu bapa masuk ke dalam syurga,, Mudah mudahan ameen,.
Okey, sebenarnya idea ni ialah membuat food replika
Hanya dengan menggunakan kertas.. Kertas surat khabar je,,
so, bawah ni cara-cara buat food replika menggunakan kertas surat khabar dan kertas terpakai..
daripada buang kan.. ada juga hasilnya :)

Thursday, 10 October 2013

Kerjaya : Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dapat juga menukilkan sesuatu di sini.

Sejak dari zaman saya belajar di universiti dulu, kebanyakan masyarakat akan bertanya apa tu kos "Sains Pemakanan"? Belajar apa? Mestii pandai masak kan? Nanti keje jadi apa? Tak kurang jugak ada yang memandang sinis kos ni.. Hmm.. Takpela kan..

So, kat sini saya nak terangkan apa itu kos Sains Pemakanan dan apa itu jawatan Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

Sains Pemakanan (Nutrition)

Ini adalah kos yang saya ambil di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (tapi rasanya nama fakulti ini sudah ditukar) selama 4 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Tak kurang juga ramai yang tak tahu UKM ada kampus di KL. hahaha. (gelak geram).

Dan kos Sains Pemakanan ini akan membawa kepada kerjaya Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) di sektor swasta ataupun menjadi pakar pemakanan (Nutritionist) bagi syarikat2 makanan swasta seperti Nestle, syarikat susu formula dan banyak lagi.

Dan dan dan.. Belajar kos Sains Pemakanan yang paling mencabar ialah di UKM. Sangat2 susah. Sebab UKM sangat menitikberatkan kualiti siswazah mereka berbanding dengan kuantiti. Tak percaya? Hokey takpe biar saya tunjukkan kredit hour untuk setiap Universiti bagi kos ini dan anda boleh menilainya sendiri. Maklumat ni saya copy dari besty saya..

Kos Sains Pemakanan/ Jumlah credit hour Univrsiti di Malaysia
83/136- MQA (Nutrition)
111/164- UKM KL (Nutrition)
90/132- UPM (Nutrition & Community Health)
86/122- USM (Nutrition)
64/129- UITM (Nutrition & Dietetics)
64/127- IMU (Nutrition & Dietetics)
59/162 - UKM Bangi (Food Sciences & Nutrition)
56/125- UMS (Food Sciences & Nutrition)
38/122-UCSI (Food Sciences & Nutrition)


Okey untuk Pegawai Sains Pemakanan pula, bidang keje ni mencakupi segala aktiviti yang terdapat di bawah unit pemakanan/ unit zat makanan..  So, kat bawah ni contoh-contoh bidang tugas pegawai sains pemakanan daerah manjung,Perak. Saya ambil dari laman web Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

UNIT ZAT MAKANAN
Pengenalan
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Objektif Unit Pemakanan
  1. Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
  1. Promosi dan Pendidikan Pemakanan
  2. Menjalankan promosi penyusuan susu ibu melalui:
    - Inisiatif Hospital Rakan Bayi
    - Klinik Rakan Bayi
    - Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri dan Daerah
  3. Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan dan taska
  4. Promosi makanan secara sihat melalui aktiviti:-
    - Kempen Cara Hidup Sihat
    - Bulan Pemakanan
    - Katering Sihat
  5. Promosi Dapur Sihat Masyarakat
  6. Promosi pemakanan sihat di sekolah
  7. Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.
  8. Pemulihan Makanan
    - Melaksanakan Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Anemia
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan remaja dan orang dewasa.
  9. Rundingcara Pemakanan.





Okey itu saja untuk kali ni.. Untuk memperkenalkan kerjaya yang bakal saya lakukan insyaAllah bermula pada November ini. Mohon doakan supaya Allah memudahkan segala urusan saya :)




Wednesday, 26 June 2013

"ti" ke "tu" bunyi dia?

bismillahirrahmanirrahim~

Pada hari itu, sebelum solat berjemaah bersama zauj dan mertua, zauj menyuruh saya mengiqamatkan azan. Saya pun mengiqamatkan azan seperti biasa. Habis sahaja saya iqamatkan azan, zauj pun bertanya satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga

" "Tu" ke "Ti" bunyi dia?"
" Haa? Apa yang "tu" ke "ti"?" tanya saya sambil senyum kambing dan menggaru kepala yang tak gatal pun sebenarnya..haha. Al- maklumlah, dengan ilmu yang cetek ni, bila disergah sikit macam tu saya terus rasa keliru..
"Assolatu ke Assolati?"
"Emm..emm..emmm..apa ye?..hihi" saya hanya boleh senyum kambing.. Alamak malunya..Saya tersilap sebut ke apa tadi?
Zauj juga tersenyum sama ketika itu..

Kemudian, mertua saya menggesa solat dahulu, takut nanti terbatal wudhu' katanya. Hehe..

Tapi lepas tu, terus terlupa hal "tu" ke "ti" ni.. Jadi, soalan itu tergantung di situ sahaja. Saya sebenarnya nak jawapan daripada zauj sebutan mana yang sepatutnya. Alih-alih dua-dua pun terlupa sehingga sekarang.

Nasib baik lah saya beli buku "Fahami bacaan dalam solatmu". Bila buka muka surat ini, saya teringat kembali soalan zauj "Ti ke Tu bunyi dia?"



Rupanya, ini lah yang dimaksudkan oleh zauj..

Alhamdulillah, saya dah dapat pun jawapan dari soalan zauj.. wink.wink.wink.  ;)
Alhamdulillah, buku ini banyak membantu saya memahami makna bacaan dalam solat dan insyaAllah akan lebih khusyuk lagi dalam solat. :)

Mungkin saya tersalah sebut semasa iqamat itu. Saya pun tak pasti dan tak sedar kesilapan saya sehingga saya ditegur oleh zauj.. Tapi, saya bersyukur sebab zauj dapat menjadi imam dan mua'lim buat saya :)





Friday, 21 June 2013

Cabang-cabang iman~

bismillahirrahmanirrahim~

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda

"Iman itu mempunyai 70 cabang (riwayat lain 77 cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri di jalan. Dan malu juga merupakan salah satu daripada cabang iman." (Ashhabus Sittah).

Para pensyarah kitab Bukhari menjelaskan dan mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab2 tersebut. Hasilnya, iman yang sempurna itu mempunyai 3 bahagian:
1. Tashdiq bil qalbi - meyakini dengan hati
2. Iqrar bil lisan - mengucapkan dengan lisan
3. Amal bil arkan - mengamalkan dengan anggota

Yang berhubung dengan niat, akidah dan hati

1. Beriman kepada Allah, kepada Dzatnya, dengan segala sifatNya, meyakini bahawa Allah maha suci, Esa serta tiada bandingan serta tiada perumpamaan.

2. Selain Allah semuanya adalah ciptaanNya. Dialah yang Maha Esa.

3. Beriman kepada para malaikat

4. Beriman kepada kitab2 yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul Nya

5. Beriman kepada Rasul.

6. Beriman kepada takdir. Yang baik mahupun yang buruk semua itu datang dari Allah.

7. Beriman kepada hari kiamat. Termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, pertimbangan amal, dan menyeberangi shirat.

8. Menyakini adanya syurga dan isyaAllah semua mukmin akan memasukinya.

9. Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.

10. Mencintai Allah.

11. Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Ansar, juga keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya.

12. Mencintai Rasulullah s.a.w., termasuk siapa sahaja yang memuliakan beliau, berselawat ke atasnya, dan mengikuti sunnahnya.

13. Ikhlas, tidak riak dalam beramal dan jauhi nifaq.

14. Bertaubat. Menyesali dosa2 di dalam hati disertai janji tidak mengulanginya lagi.

15. Takut kepada Allah

16. Selalu mengharap rahmat Allah.

17. Tidak berputus asa dari ramat Allah.

18. Syukur.

19. Menunaikan amanah.

20. Sabar.

21. Tawadu' dan menghormati yang lebih tua

22. Kasih sayang. Termasuk mencintai anak-anak kecil.

23. Menerima dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan.

24. Tawakkal.

25. Meninggalkan sifat takbur dan membangga diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.

26. Tidak dengki dan iri hati.

27. Rasa malu.

28. Tidak menjadi pemarah.

29. Tidak menipu. Termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan kepada sesiapapun.

30. Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

Yang berhubung dengan lidah

31. Membaca kalimat Thayyibah

32. Membaca al-Quran yang suci

33. Menuntut ilmu

34. Mengajarkan ilmu.

35. Berdoa

36. Zikrullah, termasuk istighfar.

37. Menghindari bicara yang sia2.

Yang berhubungan dengan anggota tubuh

38. Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Menjaga solat. Termasuk solat fardhu, sunat dan qada'.

40. Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, memberi makanan, memuliakan tetamu, serta membebaskan hamba sahaya.

41. Berpuasa. Wajib mahupun sunat.

42. Haji.

43. Beriktikaf. Termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.

44. Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.

45. Menyempurnakan nazar.

46. Menyempurnakan sumpah

47. Menyempurnakan kifarah.

48. Menutup aurat ketika solat dan di luar solat.

49. Berkorban haiwan. Termasuk memerhatikan haiwan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.

50. Menguruskan jenazah.

51. Menunaikan hutang.

52. Meluruskan muamalat dan meninggalkan riba.

53. Bersaksi benar dan jujur. Tidak menutupi kebenaran.

54. Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.

55. Menunaikan hak keluarga dan sanak saudara serta menunaikan hak hamba sahaya.

56. Berbakti dan menunaikan hak orang tua.

57. Mendidik anak2 dengan tarbiah yang baik.

58. Menjaga silaturrahim.

59. Taat kepada orang tua dan orang yang dituakan dalam agama.

60. Menegakkan pemerintahan yang adil.

61. Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.

62. Mentaati pemerintah dengan syarat tidak melanggar syariat.

63. Membaiki muamalah dengan sesama.

64. Membantu orang lain di dalam kebaikan.

65. Amar makhruf nahi mungkar.

66. Menegakkan hukum Islam

67. Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.

68. Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.

69. Memberi dan membayar hutang.

70. Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.

71. Mencari harta dengan cara yang halal.

72. Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.

73. Memberi dan menjawab salam.

74. Mendoakan orang yang bersin.

75. Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.

76. Menghindari permainan dan senda gurau.

77. Menjauhkan benda-benda yang mengganggu jalan.




# MasyaAllah, bila tengok antara cabang2 iman ini, saya terasa iman saya sangat2 belum sempurna.. ( T T )
# Muhasabah buat diri sendiri.