Sunday, 9 November 2014
Karnival pemakanan
Saturday, 8 November 2014
Roadshow anemia
Jadi harini nak throwback balik roadshow ibu hamil anemia yang telahpun dilakukan pada bulan April 2014..
Ramai juga ibu yang datang.. Talk sy hanya guna flipchart.. Dan after that ada demo masakan unt ibu anemia yang hadir.. Simple je aktiviti ni tp mudah-mudahan input nye ada pada ibu yang hadir :)
Sunday, 12 October 2014
Kursus demo masak
Kalini sy nak berkongsi kursus demo masak yang dijalankan oleh peg sains pemakanan negeri kepada kami peg sains pemakanan daerah ni..
Tujuan kursus ni adalah unt memperkasakan lagi cooking demo itu..
Peserta selain kami psp daerah ialah nurses..
Setiap daerah ni akan diberi taklimat pd hari pertama dan hari kedua kami berpecah unt pertandingan demo masak
Menu kanak2 kurang zat makanan
Menu ibu hamil anemia
Saturday, 4 October 2014
Program transformasi minda
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis lagi di sini..
Kali ini sy nak bercerita ttg pengalaman sy mengikuti program transformasi minda (ptm) bil 5/2014..anjuran unit latihan jknns..
Alhamdulillah syukur program tamat dgn jayanya...
Lepas tu petangnya ada aktiviti sukaneka..
Yang ni best.. Sangat2 best.. Jujur.. Hari kedua sy mula kenal fasi2, mula kenal penyelaras.. Diorang baik.. Sangat2 baik.. Penyelaras prog kalau terserempak dengan sy mesti tersenyum dan tanya macam mana sy..ok ke tak? Fasi pun da mula tersenyum.. Sy rasa selesa.. Lepas game2 tu diorang ni baik la sebenarnya..
Alhamdulillah kump sy semua sangat sempoi.. Fasi pun sempoi.. Task kami ialah buat lakonam untuk malam terakhir.. Fasi bagi idea.. Dan kami tambah2 idea tu.. Kami bekerja dalam keadaan enjoy dan santai..stress???langsung tak..lakonan simple..skrip pun spontan.. Tapi alhamdulillah kebanyakan fasi terima plot cerita kami.. Komen mereka buat kami lebih bersemangat..hehe.. Bila ingat semula kenangan tu tersenyum sendiri saya dibuatnya..
Hari ketiga..
Pagi jogging macam biasa.. Lepas tu ceramah then petang riadah.. Kami diberi masa untuk sesi latihan bersama kumpulan msg2.. Kami pilih untuk ke pantai.. Suasana pantai lebih tenang dan santai.. Malamnya fasi nak tengok persembahan kami dan komen.. Kami dgr ada kump yg kene tukar semua jln cerita.. Kebanyakan nya.. Kecuali group kami.. Syukur.. Kami semangat.. Sambil berlatih gelak2...enjoy sgt..
Oke.. Dah patah balik kitorang pun diarah masuk balik mengadap boss.. Masuk2 tengok diorang nyanyi lagu hepi besday...okeyyyyyyyyyy...siap ada kek.. Time tu rasa malu kotttttt....
Bila en roy bagi mic suh bagi ucapan baru la sy nanges.. Bukan nanges sedih sebab sy kne keluar.. Tapi nanges terharu.. Ramai rupanya kawan2 kat situ yang sayang pada sy, kesian kat sy bila sy kene keluar dr program.. Jujur memang sy nanges sebab tu.. Masa ni sy sedar tak silap sy call en roy untuk join ptm bil 5 ni.. Sy rasa bertuah.. Allah yang aturkan pertemuan sy dgn peserta yg hebat dan baik2.. Semua sedih dan turut menangis.. Padahal sy yg kne keluar.. Diorang selamat.. Good kan.. Sini sy ada belajar nilai2 murni yg memang takkan sy lupa..
Tuesday, 9 September 2014
Walk the talk
Semalam menu saya masak lemak udang.. Teringin rasanya nak makan masak lemak udang galah. Balik keje dah plan nak beli santan. Tapi sampai kat pasaraya hati ini serba salah rasanya nak beli santan. Mana tak nya kat klinik pong pang pong pang dok suruh orang kurangkan penggunaan santan. Ubah resipi dan sbg.
Saya pun sebenarnya sangat jarang guna santan kat rumah cuma entah kenapa dah beberapa hari kebelangan ni memang teringin sangat saya nak makan masak lemak udang. Jadi last2 saya pun amiklah susu cair instead of santan untuk masak lemak. Rasanya pun ok takdelah tak sedap pun.. Cuma rupanya agak kureng disebabkan penggunaan api yang agak kuat ketika memasak.. Saya cuba untuk membuat anjakan paradigma pada lidah family kecil saya.. Biar biasa makan makanan yang sihat.. Bebas msg dan perasa..
Saya rasa molek kiranya saya apply ilmu yang saya dah spread pada yang lain. Kita juga pendakwah. Dakwah kata cikgu bahasa arab saya ialah mengajak atau dengan kata lainnya menyeru..pendakwah agama menyeru kepada agama manakala kami pendakwah untuk menyeru kita semua supaya makan secara sihat..
Dan kami juga perlu "walk the talk"..Allah membenci jika kita menyeru orang lain ke arah kebaikan sedangkan kita sendiri tak melakukannya..sudah lupa ayat yang mana tapi saya tahu ayat itu wujud dalam al-quran..sekian..wallahu'alam.. -peace- ;)
P/s :Next post akan di attach resipi sekali ye..
Sunday, 6 July 2014
amalan cukur jambul

alhamdulillah.. pada 8/6/2014 seorang khalifah kecil selamat dilahirkan.
kami namakannya sebagai Qaasem.
Qaasem..
Nama seorang putera Rasulullah..
InsyaAllah kelahiran kalifah kecil ini akan kami raikan mengikut sunnah Rasulullah dengan sebaiknya dan semoga urusan kami dipermudahkan, insyaAllah..
Antara sunnah Rasulullah dalam menyambut kelahiran seorang bayi ialah dengan mengerjakan aqiqah..
Tanda kesyukuran kita dengan kehadiran permata hati yang dikurniakan Ilahi..
Manakala dalam adat melayu, amalan cukur jambul seringkali dilakukan bersama dengan kenduri aqiqah..
Bolehkah begitu?
Selarikah dengan sunnah Rasulullah?
AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu.
Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi)
Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.
Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, ulama hari ini menyatakan, emas boleh digunakan bagi menggantikan perak. Bahkan, mengikut Islam juga, pada hari ketujuh akan dilakukan tahnik, jelas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz.
Menurut beliau, amalan tahnik adalah memasukkan sesuatu yang manis seperti manisan madu lebah atau buah tamar yang dihancurkan dan memalitkannya ke lelangit bayi. Sebaliknya, cecair manis hanya disapukan ke bibir bayi dan bukannya ke dalam mulut sebagaimana yang disunahkan oleh Rasulullah s.a.w..
Islam menggalakkan amalan mencukur rambut bayi sehingga botak supaya segala kekotoran yang keluar daripada rahim dapat dibuang dan membolehkan rambut baru tumbuh dengan sihat.
Sebahagian masyarakat Islam hari ini tidak mencukur rambut anak-anak hingga botak sebaliknya mengadakan upacara cukur jambul sebagai adat dan tradisi yang telah dilakukan sejak turun temurun. Tambah mengelirukan, rambut yang digunting itu dimasukkan ke dalam buah kelapa.
Memandangkan terdapat beberapa perkara yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, maka ulama berpendapat, mengamalkan adat cukur jambul adalah bidaah dan khurafat. Paling menyedihkan apabila terdapat segelintir umat Islam yang cuba menghidupkan kembali kepercayaan seperti ini.
Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.
Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

alhamdulillah selesai bercukur dan bertahnik pada hari ke-7
Wednesday, 2 July 2014
Kekurangan enzim G6PD
* post entry lama yang ada dalam draft *
Kekurangan enzim G6PD.. bukan suatu penyakit tetapi disebabkan oleh faktor genetik..
Sebelum ini saya tidak mahu menumpukan perhatian pada diet bagi individu yang mempunyai masalah kekurangan enzim g6pd ini..
Tapi nampaknya, saya perlu..
Minggu lalu, saya didatangi oleh pesakit yang anak lelakinya mempunyai masalah allergy bagi kebanyakan makanan.. anak lelaki yang baru berusia 10 bulan itu tidak boleh memakan kebanyakan jenis protein.. ikan pun allergy.. sesuatu yang agak aneh bagi saya.. ayahnya mendakwa bahawa dirinya pernah kekurangan enzim g6pd semasa kecik tetapi sudah tiada masalah ketika dewasa.. saya bertambah pelik.. bukankah g6pd ni disebabkan oleh genetik? boleh berubah ke genetik? hmmm...
Umumnya, individu normal biasa mempunyai enzim g6pd yang cukup untuk menstabilkan sel darah merah kita supaya boleh bekerja secara normal.. Sel darah merah pula penting untuk membekalkan nutrien dan oksigen untuk sel-sel pada badan kita supaya dapat berfungsi juga secara normal..
Jadi, individu yang tidak mempunyai enzim g6pd atau kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah mereka tidak stabil dan mudah pecah.. Hal ini akan menyebabkan hemolisis anemia.. iaitu kekurangan darah merah akibat darah merah yang pecah..
Akibatnya, mereka yang mengalami hemolisis anemia ini akan kekurangan darah.. Kekurangan darah pula mendatangkan masalah kesihatan yang lain seperti mudah letih, cepat mengantuk, lemah, lesu, dan mungkin menyebabkan pengsan dan penyakit lain..
Seperti yang saya katakan tadi, g6pd ini bukanlah suatu penyakit.. Hanya kerana kekurangan enzim g6pd..
Masalah akan terjadi sekiranya individu ini terdedah dengan bahan yang boleh mengakibatkan hemolisis sel darah merah.. Dan selalunya pengambilan bahan-bahan yang boleh mengakibatkan pengoksidaan seperti ubat-ubatan dan kacang parang akan menyebabkan berlakunya hemolisis sel darah merah.. Dan kemudian menyebabkan berlakunya kepucatan (akibat kurang sel darah merah), jaundis (penyakit kuning), jantung berdebar-debar, hemoglobinuria (sel darah merah yang terdapat di dalam air kencing) dan juga boleh menyebabkan kematian!
Tuesday, 27 May 2014
hari orientasi
Harini isra' mikraj.. Alhamdulillah n9 cuti.. yehaa... hehe
baru la ada masa nak update cerita2 lama
kali ni tentang hari orientasi kami psp lantikan baru
dan dipendekkan menjadi 3 hari
memang semput jugak la
apapun yang best dapat kenal ramai kawan baru
bertukar2 pengalaman dan pendapat :)
ini la 1st time dalam tempoh perkahwinan saya selama setahun saya tinggalkan suami saya sorang2 kat rumah
memang asyik fikirkan dia je kat rumah
saya dapat rasa beza dengan mereka yang single
enjoy dan seronok
ye la keje kan bizi
orientasi ni macam release tension jugak
relax2 kat hotel walaupun pengisian program agak pack
tapi saya.. rasa sedih dan rasa nak cepat balik
huhu
nasib la 3 hari je