Thursday, 10 October 2013

Kerjaya : Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dapat juga menukilkan sesuatu di sini.

Sejak dari zaman saya belajar di universiti dulu, kebanyakan masyarakat akan bertanya apa tu kos "Sains Pemakanan"? Belajar apa? Mestii pandai masak kan? Nanti keje jadi apa? Tak kurang jugak ada yang memandang sinis kos ni.. Hmm.. Takpela kan..

So, kat sini saya nak terangkan apa itu kos Sains Pemakanan dan apa itu jawatan Pegawai Sains gred C41 (Pemakanan)

Sains Pemakanan (Nutrition)

Ini adalah kos yang saya ambil di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB) (tapi rasanya nama fakulti ini sudah ditukar) selama 4 tahun di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur. Tak kurang juga ramai yang tak tahu UKM ada kampus di KL. hahaha. (gelak geram).

Dan kos Sains Pemakanan ini akan membawa kepada kerjaya Pegawai Sains Gred C41 (Pemakanan) di sektor swasta ataupun menjadi pakar pemakanan (Nutritionist) bagi syarikat2 makanan swasta seperti Nestle, syarikat susu formula dan banyak lagi.

Dan dan dan.. Belajar kos Sains Pemakanan yang paling mencabar ialah di UKM. Sangat2 susah. Sebab UKM sangat menitikberatkan kualiti siswazah mereka berbanding dengan kuantiti. Tak percaya? Hokey takpe biar saya tunjukkan kredit hour untuk setiap Universiti bagi kos ini dan anda boleh menilainya sendiri. Maklumat ni saya copy dari besty saya..

Kos Sains Pemakanan/ Jumlah credit hour Univrsiti di Malaysia
83/136- MQA (Nutrition)
111/164- UKM KL (Nutrition)
90/132- UPM (Nutrition & Community Health)
86/122- USM (Nutrition)
64/129- UITM (Nutrition & Dietetics)
64/127- IMU (Nutrition & Dietetics)
59/162 - UKM Bangi (Food Sciences & Nutrition)
56/125- UMS (Food Sciences & Nutrition)
38/122-UCSI (Food Sciences & Nutrition)


Okey untuk Pegawai Sains Pemakanan pula, bidang keje ni mencakupi segala aktiviti yang terdapat di bawah unit pemakanan/ unit zat makanan..  So, kat bawah ni contoh-contoh bidang tugas pegawai sains pemakanan daerah manjung,Perak. Saya ambil dari laman web Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

UNIT ZAT MAKANAN
Pengenalan
Unit Zat Makanan dikendalikan oleh Pegawai Sains (Zat Makanan) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat teknikal kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung dalam perkara-perkara yang berkaitan pemakanan kepada masyarakat.
Objektif Unit Pemakanan
  1. Untuk mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
  2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat
Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:
  1. Promosi dan Pendidikan Pemakanan
  2. Menjalankan promosi penyusuan susu ibu melalui:
    - Inisiatif Hospital Rakan Bayi
    - Klinik Rakan Bayi
    - Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri dan Daerah
  3. Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak di klinik kesihatan dan taska
  4. Promosi makanan secara sihat melalui aktiviti:-
    - Kempen Cara Hidup Sihat
    - Bulan Pemakanan
    - Katering Sihat
  5. Promosi Dapur Sihat Masyarakat
  6. Promosi pemakanan sihat di sekolah
  7. Pemantauan Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan di fasiliti kerajaan, fasiliti kesihatan swasta, pusat penjagaan kanak-kanak serta pusat jualan.
  8. Pemulihan Makanan
    - Melaksanakan Program Pemulihan Kanak-kanak Kurang Zat Makanan
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Anemia
    - Aktiviti Pencegahan dan Kawalan Obesiti di kalangan remaja dan orang dewasa.
  9. Rundingcara Pemakanan.





Okey itu saja untuk kali ni.. Untuk memperkenalkan kerjaya yang bakal saya lakukan insyaAllah bermula pada November ini. Mohon doakan supaya Allah memudahkan segala urusan saya :)




Wednesday, 26 June 2013

"ti" ke "tu" bunyi dia?

bismillahirrahmanirrahim~

Pada hari itu, sebelum solat berjemaah bersama zauj dan mertua, zauj menyuruh saya mengiqamatkan azan. Saya pun mengiqamatkan azan seperti biasa. Habis sahaja saya iqamatkan azan, zauj pun bertanya satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga

" "Tu" ke "Ti" bunyi dia?"
" Haa? Apa yang "tu" ke "ti"?" tanya saya sambil senyum kambing dan menggaru kepala yang tak gatal pun sebenarnya..haha. Al- maklumlah, dengan ilmu yang cetek ni, bila disergah sikit macam tu saya terus rasa keliru..
"Assolatu ke Assolati?"
"Emm..emm..emmm..apa ye?..hihi" saya hanya boleh senyum kambing.. Alamak malunya..Saya tersilap sebut ke apa tadi?
Zauj juga tersenyum sama ketika itu..

Kemudian, mertua saya menggesa solat dahulu, takut nanti terbatal wudhu' katanya. Hehe..

Tapi lepas tu, terus terlupa hal "tu" ke "ti" ni.. Jadi, soalan itu tergantung di situ sahaja. Saya sebenarnya nak jawapan daripada zauj sebutan mana yang sepatutnya. Alih-alih dua-dua pun terlupa sehingga sekarang.

Nasib baik lah saya beli buku "Fahami bacaan dalam solatmu". Bila buka muka surat ini, saya teringat kembali soalan zauj "Ti ke Tu bunyi dia?"



Rupanya, ini lah yang dimaksudkan oleh zauj..

Alhamdulillah, saya dah dapat pun jawapan dari soalan zauj.. wink.wink.wink.  ;)
Alhamdulillah, buku ini banyak membantu saya memahami makna bacaan dalam solat dan insyaAllah akan lebih khusyuk lagi dalam solat. :)

Mungkin saya tersalah sebut semasa iqamat itu. Saya pun tak pasti dan tak sedar kesilapan saya sehingga saya ditegur oleh zauj.. Tapi, saya bersyukur sebab zauj dapat menjadi imam dan mua'lim buat saya :)





Friday, 21 June 2013

Cabang-cabang iman~

bismillahirrahmanirrahim~

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda

"Iman itu mempunyai 70 cabang (riwayat lain 77 cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri di jalan. Dan malu juga merupakan salah satu daripada cabang iman." (Ashhabus Sittah).

Para pensyarah kitab Bukhari menjelaskan dan mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab2 tersebut. Hasilnya, iman yang sempurna itu mempunyai 3 bahagian:
1. Tashdiq bil qalbi - meyakini dengan hati
2. Iqrar bil lisan - mengucapkan dengan lisan
3. Amal bil arkan - mengamalkan dengan anggota

Yang berhubung dengan niat, akidah dan hati

1. Beriman kepada Allah, kepada Dzatnya, dengan segala sifatNya, meyakini bahawa Allah maha suci, Esa serta tiada bandingan serta tiada perumpamaan.

2. Selain Allah semuanya adalah ciptaanNya. Dialah yang Maha Esa.

3. Beriman kepada para malaikat

4. Beriman kepada kitab2 yang diturunkan Allah kepada rasul-rasul Nya

5. Beriman kepada Rasul.

6. Beriman kepada takdir. Yang baik mahupun yang buruk semua itu datang dari Allah.

7. Beriman kepada hari kiamat. Termasuk siksa dan pertanyaan di dalam kubur, kehidupan setelah mati, hisab, pertimbangan amal, dan menyeberangi shirat.

8. Menyakini adanya syurga dan isyaAllah semua mukmin akan memasukinya.

9. Meyakini neraka dan siksanya yang sangat pedih untuk selamanya.

10. Mencintai Allah.

11. Mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah termasuk mencintai para sahabat, khususnya Muhajirin dan Ansar, juga keluarga Nabi Muhammad s.a.w. dan keturunannya.

12. Mencintai Rasulullah s.a.w., termasuk siapa sahaja yang memuliakan beliau, berselawat ke atasnya, dan mengikuti sunnahnya.

13. Ikhlas, tidak riak dalam beramal dan jauhi nifaq.

14. Bertaubat. Menyesali dosa2 di dalam hati disertai janji tidak mengulanginya lagi.

15. Takut kepada Allah

16. Selalu mengharap rahmat Allah.

17. Tidak berputus asa dari ramat Allah.

18. Syukur.

19. Menunaikan amanah.

20. Sabar.

21. Tawadu' dan menghormati yang lebih tua

22. Kasih sayang. Termasuk mencintai anak-anak kecil.

23. Menerima dan redha dengan apa yang telah ditakdirkan.

24. Tawakkal.

25. Meninggalkan sifat takbur dan membangga diri, termasuk menundukkan hawa nafsu.

26. Tidak dengki dan iri hati.

27. Rasa malu.

28. Tidak menjadi pemarah.

29. Tidak menipu. Termasuk tidak berburuk sangka dan tidak merencanakan keburukan kepada sesiapapun.

30. Mengeluarkan segala cinta dunia dari hati, termasuk cinta harta dan pangkat.

Yang berhubung dengan lidah

31. Membaca kalimat Thayyibah

32. Membaca al-Quran yang suci

33. Menuntut ilmu

34. Mengajarkan ilmu.

35. Berdoa

36. Zikrullah, termasuk istighfar.

37. Menghindari bicara yang sia2.

Yang berhubungan dengan anggota tubuh

38. Bersuci. Termasuk kesucian badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Menjaga solat. Termasuk solat fardhu, sunat dan qada'.

40. Bersedekah. Termasuk zakat fitrah, zakat harta, memberi makanan, memuliakan tetamu, serta membebaskan hamba sahaya.

41. Berpuasa. Wajib mahupun sunat.

42. Haji.

43. Beriktikaf. Termasuk mencari lailatul qadar di dalamnya.

44. Menjaga agama dan meninggalkan rumah untuk berhijrah sementara waktu.

45. Menyempurnakan nazar.

46. Menyempurnakan sumpah

47. Menyempurnakan kifarah.

48. Menutup aurat ketika solat dan di luar solat.

49. Berkorban haiwan. Termasuk memerhatikan haiwan korban yang akan disembelih dan menjaganya dengan baik.

50. Menguruskan jenazah.

51. Menunaikan hutang.

52. Meluruskan muamalat dan meninggalkan riba.

53. Bersaksi benar dan jujur. Tidak menutupi kebenaran.

54. Menikah untuk menghindari perbuatan keji dan haram.

55. Menunaikan hak keluarga dan sanak saudara serta menunaikan hak hamba sahaya.

56. Berbakti dan menunaikan hak orang tua.

57. Mendidik anak2 dengan tarbiah yang baik.

58. Menjaga silaturrahim.

59. Taat kepada orang tua dan orang yang dituakan dalam agama.

60. Menegakkan pemerintahan yang adil.

61. Mendukung jemaah yang bergerak di dalam kebenaran.

62. Mentaati pemerintah dengan syarat tidak melanggar syariat.

63. Membaiki muamalah dengan sesama.

64. Membantu orang lain di dalam kebaikan.

65. Amar makhruf nahi mungkar.

66. Menegakkan hukum Islam

67. Berjihad, termasuk menjaga perbatasan.

68. Menunaikan amanah, termasuk mengeluarkan 1/5 harta rampasan perang.

69. Memberi dan membayar hutang.

70. Memberikan hak tetangga dan memuliakannya.

71. Mencari harta dengan cara yang halal.

72. Menyumbangkan harta pada tempatnya, termasuk menghindari sifat boros dan kikir.

73. Memberi dan menjawab salam.

74. Mendoakan orang yang bersin.

75. Menghindari perbuatan yang merugikan dan menyusahkan orang lain.

76. Menghindari permainan dan senda gurau.

77. Menjauhkan benda-benda yang mengganggu jalan.




# MasyaAllah, bila tengok antara cabang2 iman ini, saya terasa iman saya sangat2 belum sempurna.. ( T T )
# Muhasabah buat diri sendiri.

Sunday, 16 June 2013

Jagakan dia Ya Allah

bismillahirrahmanirrahim~

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat ku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya, ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh menyintai, sungguh menyayangi setulus hatiku~



Thursday, 13 June 2013

keperluan seorang isteri

bismillahirrahmanirrahim

entry ni diambil dari sini


Secara umumnya, setiap isteri pasti ada keinginan atau keperluan yang amat penting dalam hidup mereka. Isteri biasanya memerlukan sesuatu daripada suaminya bagi melengkapkan hidupnya bersama suami dan seterusnya dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan tersebut dan bagaimanakah caranya seorang suami melakukannya?

 Inginkan perhatian
Seorang wanita mungkin sudah mendapat perhatian dan didikan daripada saudara mara, anak-anak, adik-beradik dan rakan-rakannya. Walau bagaimanapun, perhatian sebegitu tidak bermakna dan tidak dapat memuaskan hatinya sebagaia seorang isteri selagi mana dia tidak mendapat perhatian sebegitu rupa daripada suaminya sendiri.
Oleh hal yang demikian, suami mestilah menujukkan sikap prihatin dan didikan yang mantap kepada isteri, sama ada melalui tutur kata atau perbualan, tingkah laku, riak muka, gerakan dan juga perasaannya.
Apabila suami memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada isteri, si isteri pasti akan berasa bahawa mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam hidup suami. Keperluan inilah yang diperlukan dan amat didambakan oleh seorang isteri.

 Ingin difahami
Suami perlu betul-betul memahami situasi dan keadaan isteri kerana reaksi sebeginilah yang akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku isteri. Hal ini kerana, isteri menganggap suaminya faham akan keperluan kewanitaannya dan faham situasi yang dihadapinya sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang isteri.
Cara terbaik untuk seorang suami menghadapi keadaan ini adalah dengan membuatkan isteri berasa dihormati dan disanjungi. Suami tidak boleh melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan konflik atau krisis akibat daripada ketidakfahaman suami.
Lebih-lebih lagi semasa isteri berada dalam situasi yang kurang stabil seperti masalah ketikadatang haidnifas atau penyakit-penyakit lain yang boleh mempengaruhi perilaku dan emosi seorang wanita.
Suami juga dinasihatkan agar tidak meminta atau memerintah isteri untuk membuat sesuatu yang di luar kemampuannya. Cubalah untuk memahami dirinya dengan lebih mendalam.

Ingin haknya dipenuhi
Setiap insan pasti mempunyai hak untuk bersuara dan melakukan apa sahaja yang memang menjadi haknya setiap masa. Namun begitu, mengapa masih ada sesetengah suami yang melarang isterinya untuk mendapatkan hak tersebut?
Bukankah isteri juga seorang manusia, yang juga mempunyai perasaan yang perlu diketahui oleh suami? Isteri harus memperoleh hak-hak tersebut walaupun kadangkala hak tersebut disekat dan dilarang oleh suami yang tidak mempunyai pengetahuan terhadap keperluan dan hak itu.
Setiap pasangan suami isteri tidak boleh menyekat hak pasangan mereka apabila mereka sudah ditakdirkan untuk bersama dalam ikatan perkahwinan.

* Apabila keperluan yang didambakan isteri ini dipenuhi oleh suami, sudah pasti kehidupan berumahtangga pasti akan lebih berseri-seri dan menyebabkan isteri berasa begitu dihargaidan dihormati. Inilah yang menjadi impian dan harapan setiap insan yang bergelar isteri iaitu untuk memiliki seorang suami yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi keperluan dirinya.

Bila diri disayangi

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Masih diberi kekuatan untuk menulis semula selepas lamaaaaa tak menulis.. Banyak benda yang dah berubah dalam diri ini sejak entry yang terakhir.. antarnya saya bukan lagi cik rama-rama tp telah pun menjadi cik puan rama-rama..hikhikhik (oh gedik nye saya!).. Alhamdulillah Allah sentiasa memudahkan perjalanan hidup saya..

Saya bersemangat untuk menulis sekali lagi hasil inspirasi sahabat baik saya yang telah menulis entry tentang saya di dalam blognya. Oh, terharu sungguh saya! hehe.. Nantikan entry saya untuk anda juga satu hari nanti..hehe..Tak lama dah tu mak na.. :P

Saya ini memang suka mendengar lagu2 yang tenang lagi menusuk jiwa.. Dengan melodi yang tenang dan lirik yang membungkam jiwa.. Setiap lagu yang saya dengar saya pastikan liriknya kena dengann jiwa saya jadi dapatlah saya feel dengan lagu tersebut..

Eh, kenapa cik puan rama-rama cite pasal lagu ni?

Haa. sebabnya saya sambil2 menulis ni saya dengar lagu ni. Yang currently saya rasa kena dengan jiwa saya. Sebenarnya banyak yang dah terlepas nak tulis.. Pagi tadi rasa macam nak tulis banyak je.. Tentang arwah opah meninggalkan kami, tentang pertunangan la, pernikahan, majlis walimah la, kehidupan sebagai isteri seorang ustaz la dan banyak lagi laa.. tapi last2 rasa macam takpe la cerita sikit demi sikit dulu..hehe

Lebih berminat nak share lagu ni..

http://www.youtube.com/watch?v=R7F4lrilPew



Tajuk : Bila Diri Disayangi..

Asalnya dinyanyikan kumpulan ukays. Tak pernah pun saya dengar. Saya dengar dalam dikir zikir. Termasuk tertusuk lantas terus jatuh cinta dengan lagu ni..

Lirik :

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung,di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba,keikhlasan doa, keagungan kasih
merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru
Ku ucap namaMu
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih sayangMu
Ku berserah diri



Friday, 4 January 2013

Tips kebaikan berterusan

bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit perkongsian tentang tips agar kebaikan berterusan..

1. Jika anda menerima wang RM1, anggaplah 20 sen daripadanya bukan milik anda. Masukkan ke dalam tabung sedekah atau tabung peribadi anda yang dikhaskan untuk membantu orang lain.

2. Setiap hari, pastikan anda menghubungi seorang saudara, guru atau rakan lama untuk sentiasa menghidupkan silaturrahim walaupun cuma pesanan ringkas yang berbunyi : “SMS dihantar pengganti diri sebagai tanda ikatan ini masih bersemi dan dihargai selalu…”

3. Pegang prinsip hidup jangan marah. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berpesan berkali-kali dalam sebuah hadis supaya jangan marah. Tanpa kemarahan, banyak perasaan yang akan terjaga. Bayangkan jika kita panas baran, banyak hati yang akan terluka dan ini pasti akan memudarkan sahsiah diri serta perhubungan sesama insan.

4. Jika melihat penjual makanan yang miskin, sedekahkan baki wang anda. Contohnya, jika harga pisang goreng 90 sen, anda beri RM1. Baki 10 sen itu disedekahkan kepada si penjual. Ingat,sedekah menolak pintu-pintu bencana.

5. Jika hendak makan, ambil sedikit makanan dahulu. Jika sedap, baru ditambah. Kalau awal-awal lagi sudah ambil banyak dan tidak habis, pasti akan dibuang dan menyebabkan pembaziran. Lebih malang, orang lain tidak sempat merasanya.

6. Selepas menggunakan tandas, pastikan ia bersih. Bayangkan jika anda meninggalkan sesuatu yang jijik, anda telah membuat orang lain marah, jelik dan mual.

7. Memakai pakaian yang di belakangnya tertulis ayat-ayat motivasi. Orang akan membacanya dengan ‘percuma’ dan anda juga mendapat pahala dengan mudah. Ia sangat berfaedah berbanding anda memakai baju yang mempunyai gambar kartun. Pakaian melambangkan peribadi. Biarlah pakaian tidak berjenama, asalkan menutup aurat dan menjadi “dakwah” bergerak.

- Aktifkan dirimu untuk sentiasa berbuat baik kerana Allah SWT.

- Pesan Saidina Ali R.A. “Jadilah kamu orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi. Jangan jadi orang yang jahat, bila ada orang meluat, bila tiada disukai, bila mati disyukuri”.



[Pakar diari hati (fb)]

Tuesday, 1 January 2013

galaxy mini ku sayang :'(

Bismillahirrahmanirrahim.

Galaxy mini ku sayang,
Aku memang tak mampu untuk memiliki mu,
Sungguh!

Tetapi Alhamdulillah, 
Rezeki jangan ditolak,
Bagai orang tidur yang disorongkan bantal,
Aku menerimamu dengan hati yang sangat gembira saat aa memberikan engkau kepada ku,
Terima kasih aa,
Satu-satunya adik lelaki yang aku ada.. =)

Kau la satu-satunya gadget yang aku ada,
Yang di dalamnya ada pelbagai kegunaan,
Kau lah penunjuk arah kiblat, kau lah tafseer al-quran dan hadis,
Malah kau juga tempat aku berkomunikasi dengan rakan2 dan orang yang aku sayang,
Kau menjadi saksi 1001 kenangan hidupku selama hampir setahun ini,

Tapi hari ini,
1/1/2012,
Aku telah kehilangan engkau,
Masih terngiang-ngiang di memori aku saat kita bersama semalam.
Ya, semalam.
Kau alarm ku...

Ke mana kau pergi?
Jangan berhenti berbakti untukku,
Sob sob sob,
Maafkan aku,
Aku lalai.

Maafkan aku aa. ='(
Walaupun aa tak mungkin kecewa
tapi aku rasa tak sedap
bila hadiah aa
aku hilangkan ='( ='(



----------------------------------------------------------------------

p/s: sob2.. pagi tadi saya bawak anda ke kubur masa menziarah opah. balik tu singgah kedai mee kari kak yah. time tu ada lagi.. balik tu tak sure dah. rasa macam ada dalam genggaman time kat rumah.. masih adakah? hmmm.. beberapa minit lepas tu incik atuk ajak ke foto mei (kedai gambar yang terkemuka di kawasan ni) tapi rasanya time tu sudah takde dalam genggaman. agaknya misplace kat rumah. hopefully, ya....kat rumah.. Ya Allah, pelupanya diri ini. Sollu ala-Nabi. 




seriyes, doa ni sangat berkesan untuk saya. hilang segala stress jika Allah tempat kita bergantung.aman.         (^ ^)V
A